Selasa, 14 Disember 2010

cinta sulit...bawa padah....

13/12/2010....aku keluar tugas macam biasa buat rondaan serta wat pemantauan ditempat tempat Hotspot untuk mencegah berlaku apa apa jenayah...cuaca nampak baik jer..aku berharap agar cuaca tidak ujan..menyenangkan aku melakukan tugas rondaan...jam lebih kurang 2315 hrs(11.15 pm)aku terima arahan supaya pergi kekampung Telaga Kuala Berang(Teluk Balai) dimana orang kampung kat situ ada tangkap seorang lelaki melayu.Aku dan krew bergegas pergi ketempat kejadian dan tangkap lelaki itu dihadapan umah dimana aku difaham,umah itu didiam seorang Mak Jan(Janda) yang berumur 40 an...budak lelaki yang ditangkap umur(beranak dlm thn 85..)Tanya pun tanya lelaki ini ada hubungan sulit dengan mak jan ni..dan banyak kali penduduk kampung melihat kelibat lelaki ni berulang alik pada waktu malam....dan masuk kerumah mak jan..tapi malam tu ari yang malang pada lelaki ni kerana ia ditangkap oleh orang2 kampung dan tak kurang dibelasah oleh orang kampung tapi tak teruk ngat..sbb aku mai awal...kalau tak tau ler...mungkin muka ia jadi 4 segi ler...
Aku pun bawa lelaki tu  kebalai,untuk siasatan lanjut dan ambik keterangan dirinya...
Modus operandi ia...lelaki ni datang kesitu pada waktu malam...mungkin melepaskan gas..hahahahaha...
Tapi orang kampung nak tangkap khalwat tapi tak cukup bukti sbb...ia masih diluar umah...
Lain kali kalau nak kerja tangkap khalwat biar ler teratur dan yang ditangkap dapat dituduh.
P/S;...itu ler dayakan seks...tak kira...ia siapa..atau dimana...yang penting puas....puas..tapi bawa padah....

Ahad, 12 Disember 2010

Cantik dimata...cantik di hati...apa sudahnye....

"Wajah bak artis.kulit gebu,belum 'tercemar'dan pembersih antara kelebihan anak dara Maghirbi yang boleh disunting lelaki Malaysia beragama islam....dengan hanya belanja rm14,000.(metro 12/12/2010)
 Menurut laporan gadis gadis Maghirbi ni
1.Cantik
2.Kulit gebu
3.Subur
4.Belum tercemar
5.Taat
6.Pembersih
7.Pandai menjaga makan
8.Bukan jenis pengikis
9.Tidak perlu dating
10.Murah.
Cantik dalam arti kata cantik mcm artis dan memenuhi mata memandang senang dimata senang dihati..akan tetapi sejauh mana pun kecantikan itu tak semuanya akan berpanjangan..sbb ramai geng2 artis nikah kawin wat gempak giler..pisah jua..so cantik tu belum tentu hidangkan yang terbaik...
Kulit gebu...semua perempuan/wanita yang muda kulit gebu mulus...mcm lagu Mawi...tajuk Gadis melayu....kat situ pun ia memuji2 kecantikan gadis melayu sama juga dengan gadis maghribi itu...sama jer...yang penting jaga badan....
Subur....wanita muda belia...semua kelihatan subur umpama lalang tumbuh...tapi kita tak tahu sepenuhnya..samada boleh mendapatkan zuriat atau tak...umpama setandan kelapa ada juga yang komeng.begitu juga wanita...ada yg mandul...
Belum tercemar..mana kita tau ia blm tercemar atau tak...sbb ia boleh kata sedemikian semata mata nak jaga saham nya..
Mana ada orang nak ngaku..kalau boleh nak sorok,tau tak tau pun malam pertama ler baru tau kepastiannya.....
Taat...memang ler...setiap perkahwinan sang isteri mesti taat pada sang suami...sbb dalam agama pun dituntut untuk berbuat demikian.
tak kira org itu berbangsa apa pun ketaatan pada sang suami adalah keutamaan...
Pembersih...aaha..dalam soal kebersihan aku rasa semua wanita dah tau cara cara nak bersih diri dan jaga rumahtangga...apakah ada wanita melayu yang tak tau jaga kebersihan.?
Pandai jaga makan...aku rasa ia perkara biasa
bukan perkara yang mustahil...
Bukan jenis pengikis...dalam masaalah ini...aku tak leh nak cakap...kerana budaya kikis harta ini...banyak ceritanya...kekadang ada yg kikis harta dan ada yg tidak...50/50...
Tidak perlu "dating"....kalau nikah kawin diatur memang konsep dating tak ujud dah...
elok juga..itu adalah amalan kawin dulu baru bercinta....maklumlah wanita ni org jauh...mana ada masa nak jumpa...nanti banyak lak belanja untuk beli tiket kapal terbang..bazir wang...bazir tenaga....
(Jodoh dlm internet jer...)
Murah...murah yang mcm mana aku tak pasti demi untuk perkahwinan ini..pada aku terpulang pada kemampuan si lelaki ler...
Hahahaa...banyak ngat aku membebel...bukan tak puashati..tapi sedikit sebanyak tergugat juga wanita wanita malaysia yang comel mulus..terbiar..bila ramai jejaka yang berada atau tak memilih wanita maghribi...alih alih...geng lombok dan bangla yang kebas...so wanita kita mesti ada ciri ciri yang seperti diatas jangan esok jadi ANDARTU.....
Banyak lagi..tapi cukup ler takat ini aku ngomel...but the way i like malaysian....
sbb sopan santun adat budaya yang indah.....
Fikir lah sendiri...yang baik atau tidak...

Khamis, 9 Disember 2010

1..Buang janin,anak..biasa dah...lah ni lak jual anak dalam perut....

Pada waktu ini banyak kita dengar dan baca berita berkenaan segelintir manusia bergelar perempuan buang anak...buang janin apabila cinta terlarang terjadi dan tiada berkesudahan apabila tidak mahu bertanggungjawab maka jalan yang paling mudah buang janin,buang anak demi melepaskan bebanan yang tak mungkin ditanggung atau malu pada masyarakat umum,beginilah jadinya bila perbuatan tidak difikirkan akan akibatnya....
Dalam harian Metro 9/12/2010...aku tergamam bila ada org yang sanggup jual anak dalam perut pada kaum asing...sedangkan ia orang melayu(muslim)takkan ia tak tau apa akan jadi pada anak itu bila ia dah dewasa....
Aku betul betul marah dengan perempuan ni
kalau tak mau pun bagi ler kat orang melayu..
Andaikata ia tak mau anak itu,jangan lah mengandung..pakailah benda2 yang disyorkan demi mencegah kehamilan ini tak kira nak sedap ia ajer...bila dah lekat baby mula dah gelabah,sempit duit mula cari pasaran untuk jual anak wlwpun masih dalam perut...apa lah jenis manusia ini....binatang pun sayang anak.....
Mujur ler wartawan metro dapat memujuk perempuan yg berkerja sebagai GRO dan pergi kepusat perlindungan Rumah Kebagikan Wanita dan Remaja sehingga bersalin dan lepas pantang..harap2 kalau ia tak mau juga bagi ler pada insan2 yg memerlukan anak tapi bukan bagi pada orang asing...
Dalam sudut pandang...pekerjaan GRO adalah sesuatu kerja yang tidak baik.tapi dalam mengejar duit mudah ramai remaja terjerumus dalam kancah yang tak bermoral...setahu aku sewaktu dibangku sekolah kita telah diajar dengan perkara apa itu dosa dan pahala..yang buruk dan baik..serta adat tatasusila kehidupan.seperti yang ada dalam rukun negara kesopanan dan kesusilaan,mungkin ia jumud dalam hal2 yg sedemikian.
Yang keduanya lak,bila kita bercakap pasal dosa..ramai yang memperdulikan..apa itu dosa..sebab tak nampak atau dilihat dengan mata..dan tak dapat dirasa dengan tangan maka dosa tinggal dosa bolih dilewa lewakan..tapi andaikata dosa bolih dirasa,bolih dipandang nescaya semua insan didunia beriman pada Allah...tiada lak perkara perkara bodoh yang sedia ada,itulah kelebihan Allah demi menguji keimanan umatnya yang mesti dilakukan dengan jujur dan insaf.
Aku pun tak tau mengapa perkara perkara sedemikian sering berlaku dalam zaman yang kian mencabar seolah olah tiada batasan.
Mungkin dunia nak kiamat kot....ya allah....
berilah ruang pada ku dan umat yg lain memohon keampunan dari mu ya..allah...

Rabu, 8 Disember 2010

Putus tangan....maal hijrah berdarah...

Ohhh..ngeri lak aku baca berita seorang penjenayah yang terputus tangan dipergelangan sewaktu melakukan jenayah pecah rumah di sebuah kampung Jertih,Besut Terengganu...semata mata untuk menampung belanja keperluan dengan melakukan perkara yang tak berbaloi dan menyusahkan orang ramai...dan penjenayah ini tak menghayati Maal Hijrah...dimana diri mesti atau harus berubah dan membuat perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang tak baik serta membaiki diri kearah kejayaan diri bukan menyusahkan diri sendiri.Ini mungkin balasan dari Allah supaya insaf dan menyesali semua perbuatan yang salah.Insaallah.
(Rujuk pd berita harian 8/12/10).
Mengapa mangsa yg kena tetak dengan parang tak mahu berubah kearah kebaikan tapi masih mahu melakukan perkara yg salah disisi masyarakat dan undang2..walhal di Malaysia ini ada bermacam macam peluang demi untuk memperbaiki kehidupan diri,,hanya berbekalkan kemahuan,kesungguhan seseorang itu akan berjaya dalam merubah pada perubahan hidup,sebagaimana yang kita tahu,ramai warga asing telah datang ke Malaysia berebut peluang.Tapi warga malaysia kita yang sedia ada hanya tunggu dan lihat.Dalam sambutan maal hijrah ni...aku berharap para remaja diluar sana sama sama merebut peluang yang ada dalam membina kehidupan yang lebih sempurna bukan hanya untuk melakukan jenayah,dan akhirnya menyusahkan keluarga dan negara.

Isnin, 6 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1432....

Salam...
Dalam sedar tak sedar tahun dan berlalu tanpa aku rasakan...mungkin semua yang aku hadapi pada 1431..semuanya aku lalui dengan rasa tabah dan redha hingga berasa cepat berlalu,syukur pada mu ya allah,beri semua kesempatan pada ku dalam menghadapi ujianmu terima kasih ya allah.....
Moga 1432 ini allah beri yang terbaik dalam aku mengharungi perjalanan ini .

Jumaat, 3 Disember 2010

Derita Cinta - Jamal Abdillah

  • lagu ini adalah lagu siulan aku waktu frust dulu dulu....tapi bila difikir fikir bodoh lak...sbb bunga bukan sekuntum...maka dengan itu aku tabahkan hati dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan kegilaan...dalam memburu sebuah kasih sayang bernama cinta...kini aku tetap aku bahagia dalam keadaan sekarang...terima kasih pada mu ya allah....dan aku redha dengan ujianMu.....

Jumaat, 26 November 2010

Jenayah yg kejam....dan suka2 jadi jenayah....

Bercakap pasal jenayah ni...ada bermacam-macam samada yang kecil dan besar...selamba dan juga yang kejam..pada 26/11/10 aku terbaca dalam Harian Metro melaporkan seorang ibu sanggup diperkosa olih penjenayah demi keselamatan anaknya...
''Demi menyelamatkan anak perempuannya,seorang wanita terpaksa membiarkan dirinya diperkosa oleh penjenayah yang menceroboh rumahnya.Lebih menjijikkan.tragedi hitam itu dilakukan di depan anaknya dan dirakam oleh rakan penyamun dengan telepon bimbit,''
Perbuatan penjenayah ni memang kejam dan akan jadi trauma pada anak wanita itu.....dimana manusia ni bagai binatang demi melempiaskan nafsu.......aku simpati ngat dengan takdirnya moga allah beri kekuatan pada wanita itu.......
Yang kedua lak....suka suka jadi jenayah....pada malam aku tugas meronda di kawasan Ajil....dapat tahu dari orang awam beritahu.ada tangkapan seorang lelaki melayu dok buat hubungan.dengan seorang perempuan yg berumur 13 tahun....didalam rumah keluarga perempuan itu...tanya punya tanya...mereka ni dalam lama berhubungan jenis....macam uda dan dara[pasangan sedang bercinta] tapi malam tu dah kantoi.................
apa  lagi heboh ler suasana waktu tu...tuhan yg tau..budak lelaki ditangkap kerana menceroboh...keluarga perempuan buat laporan polis...kes disiasat dibawah sek;376.....[Rogol].
Ini yg dikatakan suka suka jadi jenayah...sebab budak perempuan itu dibawah umur....terpulang pada undang undang untuk menentukan apa hukuman yang setimpal...atau sebaliknya aku pun tak tau...
Dan pada malam itu juga..aku bantu penguatkuasa Agama tangkap pasangan yang berkhalwat di salah sebuah penginapan di kawasan pekan kuala berang...dapat tau lelaki yg kena tangkap basah org kuala berang dan perempuan tu org jerangau....sedap sedap tapi ia adalah jenayah syariah....................
Wah....mlm tu banyak lak tugasan yg datang tanpa aku minta....tugas tetap dilaksana demi menjaga keselamatan orang ramai dari semua ancaman jenayah kecil atau besar..........
So jangan tanya....''apa sumbangan negara pada''...tapi tanya apa sumbangan kita pada negara....''
Jumpe lagi.....

Rabu, 24 November 2010

tugasan dan arahan........

Hujan ler ni turun tak menentu..tak kira pagi..petang..malam..maklumlah ler ni musim hujan tapi belum banjir lagi...aku dan krew seperti biasa keluar tugas meronda kawasan hotspot demi keselamatan dan ketenteraman untuk semua.......
Dalam tugasan meronda,aku diberi arahan arahan untuk pergi ketempat tempat yang diperlukan dengan segera...dilaporkan olih orang awam..pada setiap tugasan malam atau siang..samada yang jauh atau dekat.
Aku dan krew telah diarahkan pergi kekawasan taman indahsari kerana ada gangguan budak remaja yang menggangu...dengan membaling batu kecil...
Kami dengan segera pergi kesitu...setelah kami rujuk dan buat sedikit pertanyaan keatas penghuni rumah tersebut..nyata didiami olih pelajar remaja kist...aku ibaratkan budak2 remaja lelaki ni marah atau kecik ati sebab tak dilayan nak mengurat....dan buat perkara2 yang diluar dugaan.Tapi sewaktu aku sampai ditaman tu,budak2 remaja lelaki dah berlalu pergi..mungkin dari jauh nampak lampu peronda vicont biru.Aku nasihatkan penghuni rumah itu supaya buat laporan jika berlaku lagi kejadian sebegini dan berhati hati dengan tindak tanduk gelagat budak2 remaja lelaki itu.Selesai perkara disitu aku dan krew berlalu pergi dan sambung tugasan macam biasa........
kerana perjalanan masih jauh,berbagai dugaan yang perlu ditempuhi..selagi hayat dikandung badan.....

Sabtu, 20 November 2010

main kuda...suka kuda..[pil kuda]

Salam......
beberapa hari yang aku ada tangkap seorang lelaki melayu masih muda...segak bergaya..umur 20 an...tapi sayang seribu kali sayang....ia dah jadi peminat "KUDA"....dari katabual aku dengan ia......
Ia sudah menjadi hamba kuda sejak tiga tahun yang lalu...cuma masa tu,ia cekap dan licik..selalu dapat meloloskan diri bila ada operasi...tapi akhirnya kena cekup juga....Aku tanya macamana bolih terlibat dengan penagihan pil kuda??..Adakah ada masaalah dengan keluarga..ia bagitahu takder masaalah dengan keluarga..tapi hanya ikut kawan kawan dan cuba2..benda baru..lama lama jadi sonok...dan ada juga ia nak benti tak mau main pil kuda,tapi bila tengok kawan2 tunjuk benda tu..dengan tiba2 semangat untuk mahu datang....bila dah kena hilang lak sakit2 dalam tubuh badan...katanya lagi bila dah kena bolih tahan 3 atau 4 hari....pastu mula nak  lagi...menurutnya harga pil kuda dalam rm25 pada hari biasa...dan naik mencecah hingga rm35..rm40..rm50...bila mana barang sukar untuk diperolihi maka geng pengedar[tokan]samada yg besar atau kecil mencari keuntungan berlipat ganda.
kalau nak kira ambil kat belah siam harga hanya rm15 jer...memang kaya mendadak ler si tokan tokan ni....kerjanya nak merosakkan anak bangsa sendiri....malang sungguh anak bangsa kita memilih jalan yang penuh sengsara dan menyusahkan keluarga dan negara.Seingat aku...waktu aku remaja penyalahgunaan dadah adalah amat sikit..tak macam sekarang ni....amat menakutkan....tahun 2020 dah dekat..tapi belia remaja masakini masih lagi tak sedar diri..............
Lokap polis...Penjara.....Pusat pemulihan....dah penuh dengan mereka mereka ini[penagih dan pengedar dadah durjana]........
Jangan salahkan keluarga bila anda terlibat dengan dadah....tapi salahkan diri sendiri...kerana mungkin anda tersalah pilih kawan.........ingat dadah tak kenal mangsa......................................................

Jumaat, 19 November 2010

merempit yg terlampau.....ada dimana mana....

Aku bukan nak membebel bila bercakap perkara mat rempit merempit kat malaysia ni...kalau nak kira asal malam minggu ada jer kegiatan merempit...konon melepaskan tekanan perasaan dan ada juga menunjuk nunjuk kepakaran pada kawan kawan seperempitan[ada ke..ungkapan ni] apa pun lantak ler asalkan ada bunyi rempit............
Aku ada baca kisah mat rempit terbunuh pada raya Qurban yg lepas[18/11/2010] dikawasan lebuh raya yg belum siap...tapi puak puak merempit ambil kesempatan untuk bersukaria dengan beraksi berbahaya...ada superman...ada batman...ada spiderman..semua yg ada man man ler...walaupun mat rempit ni tau kejap lagi akan hadiah KUBUR MAN.....kesian mak ayah bagi besar... dan besar tak tau nak balas budi tapi masih menyusahkan lagi...Dalam akhbar tu ada beritahu 3 orang mat rempit telah mati bila bergesel sesama sendiri dan jatuh,salah seorang tangan hampir putus dan mati ditempat kejadian...yang 2 lagi mati dalam perjalanan ke sepital besar Trg....
Aku pun tak tau kenapa remaja sekarang ni tak pernah ambil tahu dan ikhtibar dengan perkara perkara sebegini...berbuih dah mak ayah bercakap...jgn merempit...jgn merempit tapi cakap tinggal cakap jer........
Itu lah bila remaja yg bergelar mat rempit[samseng jalanan]yang tak pernah menghargai nyawa sendiri.....................
Ingat lah wahai remaja....kerana anda adalah harapan bangsa dan negara yg berdaulat.
Jangan jadikan negara kita ni dipenuhi dengan manusia manusia yang telah cacat......

Selasa, 16 November 2010

Raya Qurban.....

Raya datang lagi....raya aidil adha[raya haji....raya qurban] aku macam ni gak...cuti jangan harap ler... sebab cuti jabatan dah masuk dalam peti Ais....kerana dipantai timur menanti kedatangan banjir...samada besar...sederhana...kecil...tak tau lagi desas desus dari pihak ramalan kaji cuaca mungkin banjir berlaku lepas raya 2...3... ari..aahhh aku pun tak tahu...semua pihak yang terlibat sana sini dok sibuk wat persiapan...tak mau macam banjir di kedah..kononnya lambat bantuan...itu ini dan macam macam lagi...kalau bolih nak buat yang terbaik......
Aaiii...aku melalut lalut cakap pasal banjir lak........
Aku pi ronda ronda jap kat pekan...jalan raya nampak masih sibuk lagi dengan kenderaan lalu lalang masing masing menuju distinasi pulang kekampung halaman beraya bersama keluarga.....
Petang tadi pun ada juga berlaku kemalangan jalan raya...rata rata langgar belakang...sedikit sebanyak menggangu kelancaran aliran trafik.....
Itulah suasana hari raya.....
Pada yang tak beraya dikampung macam aku ni banyak bersabar...lain masa jika ada peluang...cuti juga....

Ahad, 14 November 2010

Lama tak menulis...

Salam..,
Ohhh..lama benar aku tak menulis dalam blog ni...bukan malas tapi sibuk akhir akhir ni dengan tugasan yang tak menentu maklumlah kita orang bawahan...buat ler apa yang ditugaskan..cari makan demi tanggungjawab pada keluarga tersayang.
Citer memang banyak tapi tak ader yg sepecial...biasa jer..
Kekadang buka Facebook pun kejap kejap..guna broadband cap kapak[Digi...kdg line bagus...kdg line teruk} tu yg mampu.Walau macam pun aku puashati juga..dapat berhubung dengan dunia luar...
Oooi minggu lepas kawan lama aku(Mek na) telah melangsungkan ikatan pertunangan dengan jejaka dari Cik Ct wan kembang....Rm6.000/ syukur tercapai juga cita cita nya utk menjadi suri rumah tangga...aku doakan moga bahagia...jaga diri maklum ler darah manis...harap tak lupa aku masa makan nasi minyak nanti.......................................


Jumaat, 3 September 2010

Raya tak lama lagi......

Debaran hari raya dah tak lama lagi....
jalan raya dah menampakkan kesibukan anak rantau pulang bercuti kekampung untuk menyambut 1 syawal..
Aku mcm biasa tak dapat bercuti raya kerana tugas,tapi sedih juga bila tak dapat beraya bersama keluarga dikampung...
Yang dapat balek kampung pandu lah kenderaan dengan cermat semuga selamat sampai..kerana tiap2 tahun kita dihidangkan dengan berbagai2 kemalangan jalan raya..tak kurangnya yang main mercun....wah...dengan itu jangan jadikan hari raya dengan raya tangisan sanak saudara.........dan juga speedtrap yg kenal mangsa nya..duit habis wat bayar saman...
Walau bagaimana pun aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin....
Pada emak di Negeri Sembilan bersabar yer....
Pada anak2 di Kangar perlis...jaga diri dalam suasana hari raya...papa sayang kamu semua.... kerana kamu semua adalah harta papa dunia akhirat...
Makcik juge sayang kamu semua...sampai bile2.....

Sabtu, 14 Ogos 2010

puasa baru 3 hari......

Hai....puasa baru jer tiga hari dah macam2 hal berlaku..sana sini budak remaja dok berlumba/merempit konon2 nak nanti buke posa wheelie
dulu lepas gian,bodoh betul budak remaja zaman ni..dah takde kerja lain...nak menyusahkan mak ayah jer.Nak salahkan pada sape pun tak tau ler..lantak ler ko orang.jatuh kami kutip anto sepital.....
Itu belah nak buka posa...
Belah malam lak sana sini pum..pang..pum...pang..bebudak remaja main mercun..bukannya nak pergi solat terawih..yg kurang ajarnya main mercun baling kat orang yg lalu lalang..kurang ajar betul..mak ayah dia orang tak ajar kot..aii..tak tau lak...
Nampak gaya nya sepanjang bulan puasa org kampung tel ke 999 melapurkan semua perkara yg diatas...aku dan kawan2 sentiasa
memberi layanan yg terbaik...

Jumaat, 13 Ogos 2010

Puasa datang lagi..

Alahai..puasa datang lagi....ada yg seronok ada yg mengeluh....tapi bagi aku bulan puasa adalah terbaik untuk diet..waktu mcm ni tak berkira ngat nak buka puasa atau makan sahur cukup ala kadar jer..
Di pekan kuala berang pasar ramadhan tumbuh mcm cendawan...harga pun boleh tahan..mahal..maklumlah kenaikan harga barang baru baru ni..Yang malas ke dapur jawabnya pasar ramadhan lah dapur terbaik..siap sen beres semuanya...
Aku kena berjimat ler...kos banyak benda yg belum siap utk sambutan hari raya tahun ni.Lagi pun lepas raya aku nak bercuti balek kekampung N.S utk urusan kenduri kawin adek.
Raya tahun ni aku sambut sederhana sajer mcm tahun2 yg telah sudah.Cuti tak dapat. entah bila aku nak dapat cuti raya...dan dekat 20 tahun aku tak bercuti raya...tapi wat tak tau jer...dan tegal.Selalunya dah 20 hari raya aku balek kampung ......

Khamis, 12 Ogos 2010

Apa nak jadi dunia sekarang ni......

Hari hari kita dimomokkan dengan berita buang janin dan anak luar terlanjur sudah....dan macam2 lagi semua salah laku orang melayu kita hari ini.
Didada akhbar...rata rata  anak melayu 80%...yang lain tak diberitakan...
Waktu zaman aku dulu..takde lak perkara2 macam ni berlaku,ai...entah ler...
Baru2 ni pada 10/8/2010 sewaktu aku ronda malam[keja] aku telah terjumpa dengan dua beradik[abg umo 11 thn adek umo 10 thn] lelaki..dok tido kat pondok bas di kampung chapu..berselimut dengan kain pelikat.. waktu tu jam kol 2 pagi.
Aku dan krew pun benti dan siasat..rupa rupa nya mereka lari dari umah kerana tak tahan dok kena marah dengan ayah mereka..ambil keputusan nak lari pi umah atok kat Setiu..dua beradik ni berasal dari di kg kubu marang..aku pun bawa budak tu balek kebalai Kuala Berang untuk tindakan.
Setelah dimaklumkan pada keluarganya.
Kol 5 pgi ayahnya datang balai dan ambik anaknya...nasihatkan padanya jgn terlalu garang dgn anak2..
Aku juge nasihatkan pada dua beradik ni supaya jgn nakal dan dengar cakap ayah dan emak...ia cuma angguk dan berlalu pergi..pastu tak tau lah apa nasib mereka bila sampai umah nanti....
Cerita ku ni bukan buang anak tapi anak lari umah......
Renungkan...anak sekarang tak macam zaman saya..
mungkin silap kita cara didik anak atau faktor alam...aku tak tau....

Sabtu, 17 Julai 2010

Hari hari sibuk dengan tugas...

Owooh...semenjak dua menjak ni aku kurang masa nak layan laptop...nak buke FB pun seminit dua jer...
Dalam minggu ni macam macam aku lalui,macam2 hal dan tugasan yang harus dilaksanakan...gitulah selagi dalam pasukan,dalam suasana kesibukan aku melayani ragam disekeliling ku,aku teringat kawan aku yang katanya telah putus tunang...terbantut lak membina mahligai impian[Kedua] maklumlah dah lama menduda...hheheheheheh...sabar lah bang...ada jodoh tak kemana....dan seorang lagi kawan[perempuan aku kenal thn 2003]di kuala berang ni,konon2 merajuk dengan buahati..nak pergi jauh...ke dubai pas tu nak minta keja kat situ lak cos jumpe buah ati...jgn jadi buah hantu ler dah...buat ler apa yg patut..jangan jadi orang serawak yang kena jual dengan buah hati nya...dan ada juga dijadikan kaldai dadah...dunia sekarang apa apa pun boleh terjadi antara kita nanpakm dengan mata kasar atau tak...tapi mustahak kita kena berfikiran rasional dalam membuat apa apa keputusan dalam hidup.Berbalik pada kawan lelaki aku yg ada di Padang Besar tu harap harap brsabarlah...kebahagian ada dimana mana yea..dan jangan pudarkan semangat...kembalikan keceriaan yang telah lama hilang ok....

Rabu, 7 Julai 2010

Tersalah jalan....makan buah langsat[tersesat]

Ohhhh...aku dah lama tak melalui jalan dari Banting ke Klang,kalau tak silap aku dah lebih kurang 10 tahun,sejak aku bertugas di pantai timur,Dulu aku kerap lalu kot ni waktu aku tugas di belah utara tanah air. Entah macam mana tergerak hati nak meronda ke utara tapi ikut jalan pantai barat hingga ke Taiping,Perak.waktu aku sampai di bandar Klang,aku dah keliru jalan sebab dah banyak cabang simpang siur....jalan punya jalan...redah punya redah tapi tak kasi pecah ler,aku tersesat sampai kepelabuhan klang...nak tanya orang kat situ malu...aku guna kenderaan plat Selangor[BHL 8004]nanti apakata orang lak...hehehehehe....aku pun wat bodoh sombong,hampir setengah jam baru aku jumpe jalan keluar ke Meru....Kapar...melalui Klang Sentral..padan muka aku...maklumlah aku dah lama tak mai Klang..dah banyak perubahan.......Gitu ler kalau tak guna Gps.
Tapi sekarang ni aku dah guna MyGps... next time takkan tersasar lagi......

Meronda ronda di lumut perak,,,


Jam dah pukul 4 petang...27/6/10,Setelah puas aku mengharungi perjalanan yang meletihkan...aku pun sampai di destinasi yang belum pernah aku jejak kerana selama ini aku hanya mendengar sajer dari mulut ke mulut dan bahan bacaan mau pun Tv...dimana banyak membantu aku untuk mengenali tempat ini....Lumut dan Pangkor Perak...aku hanya sepetang sajer di kawasan Jeti Lumut dan kawasan beli belah....Wah...memang ramai pelancong dari dalam dan luar negeri maklumlah ari tu ari cuti,nak parking keta pun puas 7 dan 8 kali wat pusingan cari kotak parkir.Akhirnya aku parkir dihadapan hotel budget berhampiran dengan Jeti nak ke Pulau Pangkor....lebih kurang 2 jam aku meronda sekitar pekan Lumut,aku lihat banyak makanan hasil dari laut serta pakaian cantik2 belaka.Puas aku meronda....aku teruskan perjalanan kePenang Pulau mutiara...untuk jumpe sahabat lama yang baru bertukar dari Perlis...akan tetapi aku akan datang lagi ke Lumut dan ke Pulau Pangkor.......
[Gambar Jeti ke Pulau Pangkor]

Isnin, 5 Julai 2010

Lama tak menulis.....

Hai....lama benar aku tak menulis dalam blog,bukan ape aku menjalani cuti yang ada melawat keluarga di N.sembilan dan Perlis serta sahabat handai,maklumlah dah lama tak jumpe...sonok juge...macam2 cerita dan pengalaman semasa cuti nanti aku cerita lain ok....
1.Semasa aku sesat di bandar klang selangor...
2.Cerita di Lumut Perak...
3.Di Penang.....
4.Mat rempit langgar belakang Mpv aku...[avanza] di jln kucing KL....mujur tak mati... dan lain lain lagi...

Ahad, 20 Jun 2010

''Benarkah tinggi saham mat bangla?..........

Perggh....aku nganga mulut bukan nak makan tapi ternganga baca akhbar Sinaran Harian 20/6/2010 muka depan bila dah abis wat tugasan ronda Mpv kawasan tanggungjawab,Dalam berita tu nama mat bangla dikenali dengan nama ''Hanif''[mungkin ia ni handsome macam shrukh khan kot atau mana hero hindustan] yang mengaku bahawa ramai awek-awek ganu ni mudah ditewaskan dan cair melutut kat mat bangla ni,huhh....hebat sungguh ler tak payah sibuk-sibuk nak cari minyak palit atau tok moh semata-mata nak pikat awek yang berkenan dihati,Aku naik heran kat awek-awek melayu zaman ni cara pemilihan teman dah berubah selera.....Aku tak tahu mana-mana peginya hero-hero malaysia,macam dah tak bernilai dimata awek-awek sekarang ni entah mana silapnya......mungkin juga hero-hero kita ler ni tak pandai merayu romantik,tapi yang nyata,hero-hero kita ramai yang lalok tak ada arah tuju.Aku jadi sakit hati bila ia[hanif]kata saham mat bangla tinggi dan jadi perhatian awek-awek melayu masa kini..eeeii geram nya.Apakah pengaruh dari filem-filem hindi yang berselerak di negara kita kot..............................................
Membuat awek-awek ni ubah selera dan mudah dirayu belai oleh mat bangla...Celek ler wahai awek-awek suci murni jangan jadaikan diri demi mengundang sekelumit cinta yang belum tentu memberi sebuah kehidupan yang sempurna,Dalam negera kita dulu dan banyak cerita-cerita skandal awek kita terjerat dan dijerat,mengapa tak mengambil perhatian....jangan di hampakan harapan ibu dan bapa demi melihat kebahagian,Aku sedih dan geram,tercabar kejantanan membiarkan mat bangka membuli awek-awek kita dalam perangkap pujuk rayu.
Bangun lah wahai awek-awek melayu jangan jadi hamba cinta plastik mat bangla.
Dan jangan bangga jadi kekasih mat bangla ibarat ''kekasih gelapmu'' hehehehehehe...........

Sabtu, 19 Jun 2010

Pencuri...oh...pencuri...

Lahabau punya pencuri....dalam dok diam dia kebas lak motosikal kat Rkr Tok Randok Ajil .Orang dok sibuk nonton siaran langsung piala dunia,pencuri dah" tenang" motor mana nak kebas.......aku tak tahu sama ada motor yang kena kebas tu kunci atau tak....tapi dah dasar pencuri tak kira dah,kunci atau tak,ia ada peluang kebas selalu,aku dan puak-puak aku pun berkeliaran mencari maklumat sape kaki curi motor,pasal yang dok ada pun dok dalam penjara lagi....hah....mungkin ni set-set baru kot buat ujian pencurian,nak tengok teror mana dan banyak mana ia boleh kebas......Aku punya agakkan set-set ni mungkin set taik ubat,taik air ketum anak beranak mak teh[heroin] dapat kebas motor perelai satu-satu pi jual kat mat rempit...bila permintaan laju banyak lah motor yang dikebas....motor yang digilai seperti;-
1.Honda EX5[pilihan utama dan banyak yang dikebas]
2.Yamaha 125/135/RXZ dan sewaktu dengannya.
3.Honda c70 jatuh nombor tiga ler dalam kes dikebas.
4.Yamaha lagenda buat ler ni kurang yang dikebas mungkin permintaan kurang.
5.Kriss jarang-jarang dikebas.
Aku berharap tuan-tuan punya motor kenalah perihatin lebih supaya motor tak dikebas oleh pencuri lahabau....[bukan nama ia lahabau]pasanglah kunci-kunci yang efisen agar pencuri ni berputih mata dan kita gelak kat ia......heheheheheheheheh.........

Jumaat, 18 Jun 2010

Seronoknya ari ni.....

Wooo......pagi 18/6/2010 hari malam jumaat keluar tugas bersama rakan aku setugas cik Sahumi dari jam 0001 hrs hingga jam 0800 hrs,aku meluncurkan kenderaan pasukan No.WNR 124,yang penuh minyak setangki melakukan misi rondaan pencegahan jenayah seluruh kawasan tanggungjawab kami,aku meronda taman ketaman,jalan-jalan tikus dan celahan bangunan serta kampong ke kampong demi memastikan tiada kegiatan segelintir insan-insan yang tak leh nak tidur dok memikirkan harta orang lain nak jadi hak milik tanpa kerelaan,asalkan benda yang berharga,dengan jalan mudah pecah umah ker dan lain-lain lagi..asalkan dapat dengan cara sekali pun.Aku juga berterima kasih dengan unit kawalan kampong yang mana sama-sama mencegah jenayah diwaktu malamhari,terima kasih sekali lagi ku ucapkan.Tapi pada malam ni keadaan jalan raya agak lengang sikit mungkin malam ni jumaat atau mungkin penghuni-penghuni di Hulu Terengganu ni dok layan Tv tengok siaran langsung Bolasepak Piala Dunia kot,yang dok sibuk kat jalan tak lain tak bukan geng lembu,geng kerbau dan sekawan babi utan,kadang-kadang buat aku terkejut,tiba-tiba muncul dikiri dan dikanan jalan,aku selalu waspada jika tidak terima padahnya.Dari Kuala Berang aku meronda hingga kesempadan Setiu/Kuala Berang dan sempadan Dungun/Kuala Berang,selain ronda dikawasan yang diarahkan oleh Bilek Gerakan.Aku seronok bila tiada apa-apa kejadian buruk berlaku.......pada ari ni, tapi....esok tak tahu apa yang akan berlaku.....namun tetap aku akan hadapi dengan ketabahan....

Khamis, 17 Jun 2010

jumpe kawan....

Pagi ne kol 10.00 pagi 17/6/10 aku kuar umah pi balai jap sebab ada kes 376 kk anak kawan aku kat Jerangau barat[JB]ia nak tahu kedudukan perkara.Hai macam-macamlah budak remaja kita masa kini tak puas-puas menyusahkan mak ayah dengan pekara yang diluar dugaan,hanya kesabaran mak ayah demi menghadapi semua ini.Dalam celah-celah tu aku teringat nak baiki spek aku yang tak berapa ok kat kedai cermin mata fakrul kuala berang,tu kedai yang kerap aku kunjungi bila aku tak keja,sajer bual-bual kosong,kekadang aku pi juge dengan wife,kerana mereka ini adalah kawan-kawan baik wife aku,jangan ingat apa-aper tau...aku tak ada fair dengan dia orang.Minggu sudah Yah budak Pulau Kudat,Kuala Berang selamat di ijab kabul dengan pemuda pilihannya jejaka dari Felda bukit Bading,aku dan wife tak dapat hadir kerana kesibukan kerja dan ko orang tau lah waktu tu ramai ngat majlis kenduri,sampai aku dapat sakit perut.Pada Yah,aku dan wife mohon maaf yea kerana tak datang makan nasik minyak ko itu.Aku dan wife ucapkan selamat pengantin baru moga kekal bahagia dunia dan akhirat.Dalam masa tu aku ada juga tanya kat Nah....bila nak jadi permaisuri sehari?ia senyum-senyum...katanya" takde calon lagi" suruh ler mak ayah cari calon....kerana ko makin gebu...hehehehe.....aku ngusik,jangan marah yea...nanti nampak......tst....senyum sokmo yea.
Jodoh ko Nah tak kemana...semua terpulang pada ko jer...pilih lah yang sesuai,lagi pun dah lama ko membujang dont waste your time.....dan tak lupe untuk Dek Yatt.....ko belajar ler lagi cos ko maseh muda lagi perjalanan kearah kegemilangan sedang menunggu...apa pun goodluck 4 u all..........dan senda gurau adalah kecerian kehidupan...Jumpe lagi..

Rabu, 16 Jun 2010

Penyamun...jahanam...


Dua tiga ari yang lalu beberapa kegiatan penyamun mula bermaharajalela dikawasan hulu terengganu,kebetulan lak pada pagi tu aku meronda jam 0001 hrs hingga 0800 hrs.
Kejadian yang pertama ada cubaan samun di kilang papan asrama raya bkt diman ajil.
kebetulan pada masa itu aku berada dikawasn Ajil,apabila aku dapat maklumat dari bilek gerakan,aku dan partner berkejar kesitu.aku pun buat pemeriksaan di sekeliling kilang papan manalah tau kot kot penyamun tu masih ada,tapi nyata dah dah lari tak cukup tanah mungkin terlihat lampu biru keta aku tadi kot.tanya punya tanya mengikut kata ''jaga'' penyamun tu orang vietnam,
Cerita yang kedua pada keesokkan pagi lak.waktu tu dan jam 4 pagi.aku terima panggilan dari gerakan,ada kejadian samun kat kampung tajin kuala berang,tanpa buang masa aku pun bergegas kekampung tajin,lagi pun aku kenal dengan orang yang jadi mangsa samun tu....
Rupanya penyamun tu masuk umah dengan membengkokkan cermin nako,gitulah kalau dah penyamun dengan cara aper pun tak kira,asalkan hasrat tercapai....
Dalam insiden ini,tuan rumah telah disamun wang ringgit dan kereta 4wD dilarikan penyamun jahanam......{4 jahaman} Tapi kegembiran penyamun tak lama.....dapat ditangkap dikawasan pahang bersama dengan 4WD yang dilarikan...itulah kehebatan PDRM dapat memberkas penyamun itu...padan muka penyamun.....geram pada penyamun puashati pada kejayaan PDRM....itulah nasib penyamun mat indon..bermalam dihotel jeriji.Dan untuk penyamun Mat Vietnam tak lama lagi akan menyusul ke hotel jeriji Pdrm....

Sabtu, 12 Jun 2010

Remaja oh....remaja......


Kelmarin petang macam biasa aku keluar tugas meronda kawasan kuala berang dan sewaktu dengan nya...aku lihat beberapa anak remaja menunggang motorsikal dengan membonceng awek-awek.....itu aku tak jadi hal ler,tapi aku tak suka bila remaja-remaja ni menunggang dengan cara bahaya cilok sana cilok sini nak tunjuk teror sesama sendiri,tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalanraya yang lain lak,tak pikir ker ia bawa anak dara orang,tak pikir ker kalau terjadi apa-apa seperti kemalangan.....sia-sia jer makayah bela dah besar masih lagi nyusahkan mereka........
Aku tak tau adakah remeja-remaja ni ada belajo sivik kat sekolah dulu...atau sajer-sajer nak lepas hawa berlumba seolah-olah jalanraya adalah tempat permainan macam kat taman awam gamaknya.Ngaper lah puak-puak ni tak mengahargai kehidupan dan menjaga nyawa sendiri....
semata-mata mahu melunaskan kemahuan dalam mencari hiburan bahaya.....///

Jumaat, 11 Jun 2010

Sana sini kenduri kawin weh............


Aku ada banyak jemputan makan kenduri,maklumlah cuti sekolah telah bermula maka berlumba-lumbalah ibubapa mengawinkan anak-anak yang nak berlaki dan berbini..hehehe..... Tapi aku sedih juga sebab aku tak dapat pulang kampung minggu lepas kemajlis kenduri sanak sedara aku tu..aku tak leh nak cuti nak wat macam mana.harap-harap orang kampung faham. Ari ne 11/6/2010 kol 10 pagi aku dan wife pi kemajlis kenduri kawan aku keluarga cina di Kampung Bujuk dekat dengan sekolah keb Banggol Katong,Serada Terengganu.Dalam perjalananku ke tempat majlis kenduri tu,aku lihat banyak kanopi majlis kenduri kawin,wah macam raya lak rasanya dengan suasana orang ramai yang datang berkunjung majlis kenduri,kereta bersusun pakir tepi jalan dan kon polis jadi sasaran ditengah jalan untuk perlahankan kenderaan tak kurang juga dengan bunga manggar yang dicacakkan berserta dengan tanda pandu arah nama pengantin samaada lelaki atau perempuan semata-mata agar tetamu yang datang tidak tersesat jalan gitu lah gamaknya dalam meraikan majlis kenduri kawin.
Bila aku dan wife sampai kat umah Aseng,wah.......dah ramai orang datang,nampak memang meriah,orang melayu dan cina sama ramainya,mungkin yang dikatakan Satu Malaysia yang berjiwa nasional.seronok lak aku rasa,sebab kat tempat asal ku,jarang cina kenduri panggil orang kampung,tapi kat sini percampuran dah lain,loghat mereka pun dah macam orang melayu telo pun dah jauh beza.Kat situ pun aku jupe ramai saing2 kuala berang memeriahkan majlis kenduri Aseng[Aseng ni ada carwash dikuala berang]jadi ramailah kawan dan pelanggan ia datang kemajlis kendurinya.Mula aku bimbang juga nak makan tapi aku lega kerana yang masak adalah orang melayu jiran Aseng yang memasak,dan yang jadi penanggah{bewoh}adalah jiran-jiran ia belaka.memang harmoni lah.aku suka suasananya.Lauk pauk yang ada sama macam kenduri orang melayu juga.Selesai aku makan.aku pun jupe tuan rumah untuk minta diri,bagi aku ini adalah pengalaman aku yang pertama kali hadir kemajlis kenduri yang sebegini rupa,aku puas.Pada mu Aseng terima kasih kerana jemput aku kemajlis kenduri.[Ganbar yang dok ada tu,gambar aku dengan wife....tahun 2006 yg lalu....]

Ahad, 6 Jun 2010

Rusuhan kat Depoh Imigresen Ajil....

Kol 2330 hrs 6/6/10 waktu aku bersiap2 nak pi kat opis,aku terima panggilan telepon dari incas aku yg hensem lagi manis ada,kabo kat aku,kuar tugas awal kerana ada rusuhan kat depoh tahanan imigresen ajil h/trg,aku pun apa lagi bergegas dan ambil kelengkapan.Dengan memandu kenderaan pasukan WNR 124,aku memecut ke depoh tahanan imigresen ajil,dalam hati bimbang juga kot2 terjadi perkara yang jarang aku lalui.....maklumlah orang tahanan merusuh,teringat aku peristiwa tahanan merusuh diSelangor beberapa tahun yang lalu,aku tak ingat tahun nya,tapi ramai juga anggota polis yang cedera dalam meleraikan rusuhan itu.Berbekalkan semangat dalam diri serta komitmen pada pasukan,aku hadapi jua walau apa yang akan terjadi.Sampai jer kat situ aku tengok kereta dan orang ramai dihadapan pintu besar depoh tahanan ajil,aku rasa lega kerana dah terdapat pasukan bantuan seperti Rela,Bomba dan anggota polis yang terlebih dahulu sampai,aku difaham oleh rakan setugasan pada malam tu,kejadian berlaku pada jam 9.30 mlm,dan bila nampak ketegangan barulah pihak depoh memohon bantuan pihak polis,rela,bomba.Keadaan kat situ dah mula tenang dengan rundingan pihak polis serta imigresen kepada perusuh2 tersebut[vietnam dan myanmar].Hasil kebijaksanan pihak polis dan imigresen keadaan dapat diselesaikan dengan terbaik.lebih kurang kol 12.30 mlm susana tenang dan tiada lagi kedengaran jeritan protes.aku dan yang lain lain masih lagi berkawalan mana tau kot kot terjadi lagi rusuhan,kerana puak -puak ni bukan boleh harap. kejap baik kejap merusuh,yelah mana ada orang suka kena kurung lama lama..kalau boleh nak cepat hantar balek kenegara masing- masing,Jam kat tangan dah kol 3 pagi,aku dapat arahan daripada pegawai atas bersurai,dan jalankan tugas rutin seterusnya....................

Sabtu, 5 Jun 2010

Pagi yang cerah...

Wah...pagi ni nampak cerah sekali jam ditangan dah pukul 9.30 pagi hari sabtu 5/6/2010....aku pun bersiap2 nak kuar pekan koberang cari sesuatu kerana ari ni ada pasar sehari dan tentu ramai pengunjung yang datang maklumlah ari cuti,tapi alamak..........bila aku nak hidupkan motor,aku terlihat tayar belakang dah tak ada angin...hai.....boring juge bila nak guna motor tayar pancat.......aku pun belek2 tayar rupanya terkena paku,wehh..apalah nasib malang ni,tapi control hensem kos wife aku sipu2 tgk aku belek2 tayar motor.
Tanpa buang masa aku naik jer motor tu,ramai lak saing2 tanya kenape? aku kata tayar pancat,jauh juga aku pi kat kedai motor hampir sekilo.sabar jer lah.
Sudah siap baiki motor aku pun meluncur kepekan koberang dan bertemu dengan abg din senjata,cik mat sekayu serta mekNa[keja MTD]join minum air sambil berbual hal2 semasa.
Entah macam mana abg din senjata tanya mekna...jadi ke nak pi Dubai jupe buahati yang dikenal melalui internet.....mekna kata mungkin jadi ikutkan hati sambil pantun lagi....nasi lemak buah bidara,sayang selasih aku lurutkan,tinggal sedara tinggal kawan kerna kasih aku turutkan,aku gelak juga pagi2 hari cerah ni nak main pantun lak hehehehe........
dalam masa tu juge cik mat sekayu nasihatkan pada mekna supaya batalkan niat nak pi Dubai....sebab dah ramai wanita malaysia yang kena dan tertipu oleh benda2 yang dijanjikan semata-mata ada agenda yang lain,dalam akhbar dah banyak cerita dan pendedahan dimana wanita malaysia ditipu beratus ribu ringgit.aku mengiyakan akan keterangan cik mat sekayu tu,abg din senjata pun menyokong supaya mekna tak pi Dubai..
hanya mencari seseorang yang belum pasti,umpama meraba dalam kegelapan tapi bukan sibuta kehilangan tongkat.Aku kabo kat mekna masih ramai lagi insan2 dimalaysia ni tak payah pi jauh2 pada sesuatu yang belum pasti....Ingat jangan ditipu semasa kita sedar.
Kerana perjalanan masih jauh dan boleh diwarnai dengan warna2 yang jelas serta terang.
Weh.....Mekna....berfikirlah sewajarnya jangan ikutkan hati dan perasaan ok..

Jumaat, 4 Jun 2010

kelapangan masa yang terluang


Hari ini 4/6/10 lepas sembahyang jumaat aku dan wife pergi ke bandar Ganu kerna ada kelapangan masa yang terluang gunakan sebaik mungkin,maklumlah kami dah lama tak pi bandar ganu meronda ronda kawasan sekitar.
Memang ramai manusia berlibur dibandar ganu nampak tua muda kecik besar berkeliaran,kereta motor bersimpang siur,melata kat atas jalanraya..weh...memang sibuk dan meriah.
Aku lihat kat mydin parking melimpah ruah mungkin esok cuti keputeraan DYMM Agung,ramailah meluangkan masa bersantai kebandar dgn keluarga,tak kurang juga dgn parking kat giant penuh juga{selalu lengang).
Puas aku dan wife berlegar2 kat situ,aku terus pi kat dataran Shahbandar Ganu,wah..ada expo dan berbagai permainan,kat situ pun manusia ramai,mai mana pun aku tak tahu ler....tapi yang untung geng peniaga ler...tak menang melayan pelanggan...gitulah makmurnya banda ganu.
Aku teruskan meronda ronda bandar ganu,singgah kejap kat pantai batu buruk,
Laa ada konvoi jelajah Sukma Ganu lak benti kat Astaka,dengan geng penunggang motor besar dan geng skuter naza bergabung,tak cukup dengan itu set kebudayaan pun ada buat persembahan meraikan suasana.
Nampak gempak lagi bila geng motor besar naik atas pentas menari poco2...
Dalam masa tu aku lihat beberapa pengusha kuda berkeliaran dipantai batu buruk,sape2 yang teringin naik kuda pi kat abg kuda...bayar naik jer....
Aku nak naik kuda tapi aku malu,simpan jer lah niat aku nak naik kuda.tapi suatu hari nanti aku akan naik juge.....
OK jumpa lagi.....

Khamis, 3 Jun 2010

perjalanan diteruskan.....

Pada 3/6/2010 aku keluar bertugas dengan kpl Roslan, membuat tugasan meronda kawasan pentadbiran daerah Hulu Terengganu bermula jam 1600 hrs sehingga 0001 hrs. Dengan memandu kenderaan pasukan WNR 124, aku pun memulakan tugasan yang dipertanggungjawabkan demi keselamatan daerah kami.Waktu itu hujan lebat turun dan angin bertiup kuat, setibanya aku di jalan kampung tajin kuala berang, aku dapati pohon pokok getah telah patah dan menghalang separuh jalan raya, dengan segera Kpl Roslan memaklumkan kepada bilik gerakan untuk tindakan pihak JKR dan TELEKOM. Dalam menanti bantuan datang, aku dan kpl roslan pun ambil tindakan memotong dahan dan ranting yang menghalang jalan tersebut, demi untuk mengelakan sebarang kejadian kemalanagan, setelah selesai memotong dahan dan ranting selesai, kami pun terus sambung tugas meronda....
Pada jam lebih kurang 7 petang,kami terima arahan daripada bilik gerakan IPD H/Trg supaya cari pewaris kemalangan maut jalanraya di Setiu, aku dan kpl roslan pun pergi mencari di kampung Tengkawang, sesampai disana kpl roslan memaklumkan perkara itu kepada keluarga tersebut, aku nampak pewaris itu kelam kabut untuk ke Setiu.
Aku dan kpl roslan meneruskan perjalanan tugasan yang belum selesai.
Jam lebih kurang 10.45 mlm 3/6/2010 semasa aku meronda dan sampai di kampung tok randok ajil, aku nampak orang ramai ditepi jalan dan ada beberapa buah m/sikal ditengah jalan raya, kami pun turun dan memeriksa keadaan disitu, aku dapati ada kemalangan maut, aku periksa dua remaja cedera parah dan seorang lagi telah meninggal dunia ditempat kejadian, kpl roslan terus menghubungi bilik gerakan IPD H/Trg memaklumkan kejadian tersebut. Aku lihat darah merah diatas jalan dimana remaja itu jatuh...memang ngeri..maklumlah aku dah lama tak tengok darah yang banyak diatas jalan,
Aku tak tahu apa punca kemalangan itu boleh berlaku...itu semua serah pada pegawai yang menyiasat......
Aku dengan kpl roslan mengawal lalulintas, sehingga ambulans sampai untuk membawa mangsa kemalangan ke hospital,.........
Lebih kurang 0030 hrs aku dan kpl roslan selesai kawal lalulintas dengan jayanya.....
Aku bangga dapat memberi perkhidmatan pada masyarakat walau pun kekadang aku dan pasukan di cemuh dan dihina oleh perkara-perkara yang tidak puashati oleh mereka. Itulah cabaran yang perlu aku lalui dalam setiap perjalanan ini....
Esok perjalanan masih jauh lagi dan tidak menjanjikan apa-apa pada aku.....hanya Allah yang tahu..

Ahad, 16 Mei 2010

Perjalanan masih jauh.....


Dalam mencari sesuatu yang kita mahu sememangnya perlukan pengorbanan masa dan waktu yang tak terduga,demi sesuatu itu kita kekadang teraba-raba dalam kegelapan.
Mungkin juga kita merasakan bahawa sebuah perjalanan itu masih jauh tapi tak kelihatan......
Akan tetapi perjalanan itu semakin dekat dengan penghujungnya....
Sememangnya Allah mahu menduga akan ketabahan umatNya.