Jumaat, 18 Jun 2010

Seronoknya ari ni.....

Wooo......pagi 18/6/2010 hari malam jumaat keluar tugas bersama rakan aku setugas cik Sahumi dari jam 0001 hrs hingga jam 0800 hrs,aku meluncurkan kenderaan pasukan No.WNR 124,yang penuh minyak setangki melakukan misi rondaan pencegahan jenayah seluruh kawasan tanggungjawab kami,aku meronda taman ketaman,jalan-jalan tikus dan celahan bangunan serta kampong ke kampong demi memastikan tiada kegiatan segelintir insan-insan yang tak leh nak tidur dok memikirkan harta orang lain nak jadi hak milik tanpa kerelaan,asalkan benda yang berharga,dengan jalan mudah pecah umah ker dan lain-lain lagi..asalkan dapat dengan cara sekali pun.Aku juga berterima kasih dengan unit kawalan kampong yang mana sama-sama mencegah jenayah diwaktu malamhari,terima kasih sekali lagi ku ucapkan.Tapi pada malam ni keadaan jalan raya agak lengang sikit mungkin malam ni jumaat atau mungkin penghuni-penghuni di Hulu Terengganu ni dok layan Tv tengok siaran langsung Bolasepak Piala Dunia kot,yang dok sibuk kat jalan tak lain tak bukan geng lembu,geng kerbau dan sekawan babi utan,kadang-kadang buat aku terkejut,tiba-tiba muncul dikiri dan dikanan jalan,aku selalu waspada jika tidak terima padahnya.Dari Kuala Berang aku meronda hingga kesempadan Setiu/Kuala Berang dan sempadan Dungun/Kuala Berang,selain ronda dikawasan yang diarahkan oleh Bilek Gerakan.Aku seronok bila tiada apa-apa kejadian buruk berlaku.......pada ari ni, tapi....esok tak tahu apa yang akan berlaku.....namun tetap aku akan hadapi dengan ketabahan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan