Khamis, 12 Ogos 2010

Apa nak jadi dunia sekarang ni......

Hari hari kita dimomokkan dengan berita buang janin dan anak luar terlanjur sudah....dan macam2 lagi semua salah laku orang melayu kita hari ini.
Didada akhbar...rata rata  anak melayu 80%...yang lain tak diberitakan...
Waktu zaman aku dulu..takde lak perkara2 macam ni berlaku,ai...entah ler...
Baru2 ni pada 10/8/2010 sewaktu aku ronda malam[keja] aku telah terjumpa dengan dua beradik[abg umo 11 thn adek umo 10 thn] lelaki..dok tido kat pondok bas di kampung chapu..berselimut dengan kain pelikat.. waktu tu jam kol 2 pagi.
Aku dan krew pun benti dan siasat..rupa rupa nya mereka lari dari umah kerana tak tahan dok kena marah dengan ayah mereka..ambil keputusan nak lari pi umah atok kat Setiu..dua beradik ni berasal dari di kg kubu marang..aku pun bawa budak tu balek kebalai Kuala Berang untuk tindakan.
Setelah dimaklumkan pada keluarganya.
Kol 5 pgi ayahnya datang balai dan ambik anaknya...nasihatkan padanya jgn terlalu garang dgn anak2..
Aku juge nasihatkan pada dua beradik ni supaya jgn nakal dan dengar cakap ayah dan emak...ia cuma angguk dan berlalu pergi..pastu tak tau lah apa nasib mereka bila sampai umah nanti....
Cerita ku ni bukan buang anak tapi anak lari umah......
Renungkan...anak sekarang tak macam zaman saya..
mungkin silap kita cara didik anak atau faktor alam...aku tak tau....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan