Rabu, 24 November 2010

tugasan dan arahan........

Hujan ler ni turun tak menentu..tak kira pagi..petang..malam..maklumlah ler ni musim hujan tapi belum banjir lagi...aku dan krew seperti biasa keluar tugas meronda kawasan hotspot demi keselamatan dan ketenteraman untuk semua.......
Dalam tugasan meronda,aku diberi arahan arahan untuk pergi ketempat tempat yang diperlukan dengan segera...dilaporkan olih orang awam..pada setiap tugasan malam atau siang..samada yang jauh atau dekat.
Aku dan krew telah diarahkan pergi kekawasan taman indahsari kerana ada gangguan budak remaja yang menggangu...dengan membaling batu kecil...
Kami dengan segera pergi kesitu...setelah kami rujuk dan buat sedikit pertanyaan keatas penghuni rumah tersebut..nyata didiami olih pelajar remaja kist...aku ibaratkan budak2 remaja lelaki ni marah atau kecik ati sebab tak dilayan nak mengurat....dan buat perkara2 yang diluar dugaan.Tapi sewaktu aku sampai ditaman tu,budak2 remaja lelaki dah berlalu pergi..mungkin dari jauh nampak lampu peronda vicont biru.Aku nasihatkan penghuni rumah itu supaya buat laporan jika berlaku lagi kejadian sebegini dan berhati hati dengan tindak tanduk gelagat budak2 remaja lelaki itu.Selesai perkara disitu aku dan krew berlalu pergi dan sambung tugasan macam biasa........
kerana perjalanan masih jauh,berbagai dugaan yang perlu ditempuhi..selagi hayat dikandung badan.....

1 ulasan:

  1. salam p.cik: mcm cerita kami semalam ja...trima kasih ats pertlgan p.cik....

    BalasPadam