Jumaat, 26 November 2010

Jenayah yg kejam....dan suka2 jadi jenayah....

Bercakap pasal jenayah ni...ada bermacam-macam samada yang kecil dan besar...selamba dan juga yang kejam..pada 26/11/10 aku terbaca dalam Harian Metro melaporkan seorang ibu sanggup diperkosa olih penjenayah demi keselamatan anaknya...
''Demi menyelamatkan anak perempuannya,seorang wanita terpaksa membiarkan dirinya diperkosa oleh penjenayah yang menceroboh rumahnya.Lebih menjijikkan.tragedi hitam itu dilakukan di depan anaknya dan dirakam oleh rakan penyamun dengan telepon bimbit,''
Perbuatan penjenayah ni memang kejam dan akan jadi trauma pada anak wanita itu.....dimana manusia ni bagai binatang demi melempiaskan nafsu.......aku simpati ngat dengan takdirnya moga allah beri kekuatan pada wanita itu.......
Yang kedua lak....suka suka jadi jenayah....pada malam aku tugas meronda di kawasan Ajil....dapat tahu dari orang awam beritahu.ada tangkapan seorang lelaki melayu dok buat hubungan.dengan seorang perempuan yg berumur 13 tahun....didalam rumah keluarga perempuan itu...tanya punya tanya...mereka ni dalam lama berhubungan jenis....macam uda dan dara[pasangan sedang bercinta] tapi malam tu dah kantoi.................
apa  lagi heboh ler suasana waktu tu...tuhan yg tau..budak lelaki ditangkap kerana menceroboh...keluarga perempuan buat laporan polis...kes disiasat dibawah sek;376.....[Rogol].
Ini yg dikatakan suka suka jadi jenayah...sebab budak perempuan itu dibawah umur....terpulang pada undang undang untuk menentukan apa hukuman yang setimpal...atau sebaliknya aku pun tak tau...
Dan pada malam itu juga..aku bantu penguatkuasa Agama tangkap pasangan yang berkhalwat di salah sebuah penginapan di kawasan pekan kuala berang...dapat tau lelaki yg kena tangkap basah org kuala berang dan perempuan tu org jerangau....sedap sedap tapi ia adalah jenayah syariah....................
Wah....mlm tu banyak lak tugasan yg datang tanpa aku minta....tugas tetap dilaksana demi menjaga keselamatan orang ramai dari semua ancaman jenayah kecil atau besar..........
So jangan tanya....''apa sumbangan negara pada''...tapi tanya apa sumbangan kita pada negara....''
Jumpe lagi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan