Jumaat, 26 November 2010

Jenayah yg kejam....dan suka2 jadi jenayah....

Bercakap pasal jenayah ni...ada bermacam-macam samada yang kecil dan besar...selamba dan juga yang kejam..pada 26/11/10 aku terbaca dalam Harian Metro melaporkan seorang ibu sanggup diperkosa olih penjenayah demi keselamatan anaknya...
''Demi menyelamatkan anak perempuannya,seorang wanita terpaksa membiarkan dirinya diperkosa oleh penjenayah yang menceroboh rumahnya.Lebih menjijikkan.tragedi hitam itu dilakukan di depan anaknya dan dirakam oleh rakan penyamun dengan telepon bimbit,''
Perbuatan penjenayah ni memang kejam dan akan jadi trauma pada anak wanita itu.....dimana manusia ni bagai binatang demi melempiaskan nafsu.......aku simpati ngat dengan takdirnya moga allah beri kekuatan pada wanita itu.......
Yang kedua lak....suka suka jadi jenayah....pada malam aku tugas meronda di kawasan Ajil....dapat tahu dari orang awam beritahu.ada tangkapan seorang lelaki melayu dok buat hubungan.dengan seorang perempuan yg berumur 13 tahun....didalam rumah keluarga perempuan itu...tanya punya tanya...mereka ni dalam lama berhubungan jenis....macam uda dan dara[pasangan sedang bercinta] tapi malam tu dah kantoi.................
apa  lagi heboh ler suasana waktu tu...tuhan yg tau..budak lelaki ditangkap kerana menceroboh...keluarga perempuan buat laporan polis...kes disiasat dibawah sek;376.....[Rogol].
Ini yg dikatakan suka suka jadi jenayah...sebab budak perempuan itu dibawah umur....terpulang pada undang undang untuk menentukan apa hukuman yang setimpal...atau sebaliknya aku pun tak tau...
Dan pada malam itu juga..aku bantu penguatkuasa Agama tangkap pasangan yang berkhalwat di salah sebuah penginapan di kawasan pekan kuala berang...dapat tau lelaki yg kena tangkap basah org kuala berang dan perempuan tu org jerangau....sedap sedap tapi ia adalah jenayah syariah....................
Wah....mlm tu banyak lak tugasan yg datang tanpa aku minta....tugas tetap dilaksana demi menjaga keselamatan orang ramai dari semua ancaman jenayah kecil atau besar..........
So jangan tanya....''apa sumbangan negara pada''...tapi tanya apa sumbangan kita pada negara....''
Jumpe lagi.....

Rabu, 24 November 2010

tugasan dan arahan........

Hujan ler ni turun tak menentu..tak kira pagi..petang..malam..maklumlah ler ni musim hujan tapi belum banjir lagi...aku dan krew seperti biasa keluar tugas meronda kawasan hotspot demi keselamatan dan ketenteraman untuk semua.......
Dalam tugasan meronda,aku diberi arahan arahan untuk pergi ketempat tempat yang diperlukan dengan segera...dilaporkan olih orang awam..pada setiap tugasan malam atau siang..samada yang jauh atau dekat.
Aku dan krew telah diarahkan pergi kekawasan taman indahsari kerana ada gangguan budak remaja yang menggangu...dengan membaling batu kecil...
Kami dengan segera pergi kesitu...setelah kami rujuk dan buat sedikit pertanyaan keatas penghuni rumah tersebut..nyata didiami olih pelajar remaja kist...aku ibaratkan budak2 remaja lelaki ni marah atau kecik ati sebab tak dilayan nak mengurat....dan buat perkara2 yang diluar dugaan.Tapi sewaktu aku sampai ditaman tu,budak2 remaja lelaki dah berlalu pergi..mungkin dari jauh nampak lampu peronda vicont biru.Aku nasihatkan penghuni rumah itu supaya buat laporan jika berlaku lagi kejadian sebegini dan berhati hati dengan tindak tanduk gelagat budak2 remaja lelaki itu.Selesai perkara disitu aku dan krew berlalu pergi dan sambung tugasan macam biasa........
kerana perjalanan masih jauh,berbagai dugaan yang perlu ditempuhi..selagi hayat dikandung badan.....

Sabtu, 20 November 2010

main kuda...suka kuda..[pil kuda]

Salam......
beberapa hari yang aku ada tangkap seorang lelaki melayu masih muda...segak bergaya..umur 20 an...tapi sayang seribu kali sayang....ia dah jadi peminat "KUDA"....dari katabual aku dengan ia......
Ia sudah menjadi hamba kuda sejak tiga tahun yang lalu...cuma masa tu,ia cekap dan licik..selalu dapat meloloskan diri bila ada operasi...tapi akhirnya kena cekup juga....Aku tanya macamana bolih terlibat dengan penagihan pil kuda??..Adakah ada masaalah dengan keluarga..ia bagitahu takder masaalah dengan keluarga..tapi hanya ikut kawan kawan dan cuba2..benda baru..lama lama jadi sonok...dan ada juga ia nak benti tak mau main pil kuda,tapi bila tengok kawan2 tunjuk benda tu..dengan tiba2 semangat untuk mahu datang....bila dah kena hilang lak sakit2 dalam tubuh badan...katanya lagi bila dah kena bolih tahan 3 atau 4 hari....pastu mula nak  lagi...menurutnya harga pil kuda dalam rm25 pada hari biasa...dan naik mencecah hingga rm35..rm40..rm50...bila mana barang sukar untuk diperolihi maka geng pengedar[tokan]samada yg besar atau kecil mencari keuntungan berlipat ganda.
kalau nak kira ambil kat belah siam harga hanya rm15 jer...memang kaya mendadak ler si tokan tokan ni....kerjanya nak merosakkan anak bangsa sendiri....malang sungguh anak bangsa kita memilih jalan yang penuh sengsara dan menyusahkan keluarga dan negara.Seingat aku...waktu aku remaja penyalahgunaan dadah adalah amat sikit..tak macam sekarang ni....amat menakutkan....tahun 2020 dah dekat..tapi belia remaja masakini masih lagi tak sedar diri..............
Lokap polis...Penjara.....Pusat pemulihan....dah penuh dengan mereka mereka ini[penagih dan pengedar dadah durjana]........
Jangan salahkan keluarga bila anda terlibat dengan dadah....tapi salahkan diri sendiri...kerana mungkin anda tersalah pilih kawan.........ingat dadah tak kenal mangsa......................................................

Jumaat, 19 November 2010

merempit yg terlampau.....ada dimana mana....

Aku bukan nak membebel bila bercakap perkara mat rempit merempit kat malaysia ni...kalau nak kira asal malam minggu ada jer kegiatan merempit...konon melepaskan tekanan perasaan dan ada juga menunjuk nunjuk kepakaran pada kawan kawan seperempitan[ada ke..ungkapan ni] apa pun lantak ler asalkan ada bunyi rempit............
Aku ada baca kisah mat rempit terbunuh pada raya Qurban yg lepas[18/11/2010] dikawasan lebuh raya yg belum siap...tapi puak puak merempit ambil kesempatan untuk bersukaria dengan beraksi berbahaya...ada superman...ada batman...ada spiderman..semua yg ada man man ler...walaupun mat rempit ni tau kejap lagi akan hadiah KUBUR MAN.....kesian mak ayah bagi besar... dan besar tak tau nak balas budi tapi masih menyusahkan lagi...Dalam akhbar tu ada beritahu 3 orang mat rempit telah mati bila bergesel sesama sendiri dan jatuh,salah seorang tangan hampir putus dan mati ditempat kejadian...yang 2 lagi mati dalam perjalanan ke sepital besar Trg....
Aku pun tak tau kenapa remaja sekarang ni tak pernah ambil tahu dan ikhtibar dengan perkara perkara sebegini...berbuih dah mak ayah bercakap...jgn merempit...jgn merempit tapi cakap tinggal cakap jer........
Itu lah bila remaja yg bergelar mat rempit[samseng jalanan]yang tak pernah menghargai nyawa sendiri.....................
Ingat lah wahai remaja....kerana anda adalah harapan bangsa dan negara yg berdaulat.
Jangan jadikan negara kita ni dipenuhi dengan manusia manusia yang telah cacat......

Selasa, 16 November 2010

Raya Qurban.....

Raya datang lagi....raya aidil adha[raya haji....raya qurban] aku macam ni gak...cuti jangan harap ler... sebab cuti jabatan dah masuk dalam peti Ais....kerana dipantai timur menanti kedatangan banjir...samada besar...sederhana...kecil...tak tau lagi desas desus dari pihak ramalan kaji cuaca mungkin banjir berlaku lepas raya 2...3... ari..aahhh aku pun tak tahu...semua pihak yang terlibat sana sini dok sibuk wat persiapan...tak mau macam banjir di kedah..kononnya lambat bantuan...itu ini dan macam macam lagi...kalau bolih nak buat yang terbaik......
Aaiii...aku melalut lalut cakap pasal banjir lak........
Aku pi ronda ronda jap kat pekan...jalan raya nampak masih sibuk lagi dengan kenderaan lalu lalang masing masing menuju distinasi pulang kekampung halaman beraya bersama keluarga.....
Petang tadi pun ada juga berlaku kemalangan jalan raya...rata rata langgar belakang...sedikit sebanyak menggangu kelancaran aliran trafik.....
Itulah suasana hari raya.....
Pada yang tak beraya dikampung macam aku ni banyak bersabar...lain masa jika ada peluang...cuti juga....

Ahad, 14 November 2010

Lama tak menulis...

Salam..,
Ohhh..lama benar aku tak menulis dalam blog ni...bukan malas tapi sibuk akhir akhir ni dengan tugasan yang tak menentu maklumlah kita orang bawahan...buat ler apa yang ditugaskan..cari makan demi tanggungjawab pada keluarga tersayang.
Citer memang banyak tapi tak ader yg sepecial...biasa jer..
Kekadang buka Facebook pun kejap kejap..guna broadband cap kapak[Digi...kdg line bagus...kdg line teruk} tu yg mampu.Walau macam pun aku puashati juga..dapat berhubung dengan dunia luar...
Oooi minggu lepas kawan lama aku(Mek na) telah melangsungkan ikatan pertunangan dengan jejaka dari Cik Ct wan kembang....Rm6.000/ syukur tercapai juga cita cita nya utk menjadi suri rumah tangga...aku doakan moga bahagia...jaga diri maklum ler darah manis...harap tak lupa aku masa makan nasi minyak nanti.......................................