Rabu, 8 Disember 2010

Putus tangan....maal hijrah berdarah...

Ohhh..ngeri lak aku baca berita seorang penjenayah yang terputus tangan dipergelangan sewaktu melakukan jenayah pecah rumah di sebuah kampung Jertih,Besut Terengganu...semata mata untuk menampung belanja keperluan dengan melakukan perkara yang tak berbaloi dan menyusahkan orang ramai...dan penjenayah ini tak menghayati Maal Hijrah...dimana diri mesti atau harus berubah dan membuat perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang tak baik serta membaiki diri kearah kejayaan diri bukan menyusahkan diri sendiri.Ini mungkin balasan dari Allah supaya insaf dan menyesali semua perbuatan yang salah.Insaallah.
(Rujuk pd berita harian 8/12/10).
Mengapa mangsa yg kena tetak dengan parang tak mahu berubah kearah kebaikan tapi masih mahu melakukan perkara yg salah disisi masyarakat dan undang2..walhal di Malaysia ini ada bermacam macam peluang demi untuk memperbaiki kehidupan diri,,hanya berbekalkan kemahuan,kesungguhan seseorang itu akan berjaya dalam merubah pada perubahan hidup,sebagaimana yang kita tahu,ramai warga asing telah datang ke Malaysia berebut peluang.Tapi warga malaysia kita yang sedia ada hanya tunggu dan lihat.Dalam sambutan maal hijrah ni...aku berharap para remaja diluar sana sama sama merebut peluang yang ada dalam membina kehidupan yang lebih sempurna bukan hanya untuk melakukan jenayah,dan akhirnya menyusahkan keluarga dan negara.

1 ulasan:

  1. P/s...tangan mangsa pecah rumah yang terputus pegelangan tangan dapat disambung semula olih doktor di HUSM Kubang Kerian Kelantan....akan tetapi samada tangan itu berfungi atau tidak belum diketahui lagi..kerana mangsa masih belum sedarkan diri lagi...(Metro 9/12/2010)

    BalasPadam