Selasa, 14 Disember 2010

cinta sulit...bawa padah....

13/12/2010....aku keluar tugas macam biasa buat rondaan serta wat pemantauan ditempat tempat Hotspot untuk mencegah berlaku apa apa jenayah...cuaca nampak baik jer..aku berharap agar cuaca tidak ujan..menyenangkan aku melakukan tugas rondaan...jam lebih kurang 2315 hrs(11.15 pm)aku terima arahan supaya pergi kekampung Telaga Kuala Berang(Teluk Balai) dimana orang kampung kat situ ada tangkap seorang lelaki melayu.Aku dan krew bergegas pergi ketempat kejadian dan tangkap lelaki itu dihadapan umah dimana aku difaham,umah itu didiam seorang Mak Jan(Janda) yang berumur 40 an...budak lelaki yang ditangkap umur(beranak dlm thn 85..)Tanya pun tanya lelaki ini ada hubungan sulit dengan mak jan ni..dan banyak kali penduduk kampung melihat kelibat lelaki ni berulang alik pada waktu malam....dan masuk kerumah mak jan..tapi malam tu ari yang malang pada lelaki ni kerana ia ditangkap oleh orang2 kampung dan tak kurang dibelasah oleh orang kampung tapi tak teruk ngat..sbb aku mai awal...kalau tak tau ler...mungkin muka ia jadi 4 segi ler...
Aku pun bawa lelaki tu  kebalai,untuk siasatan lanjut dan ambik keterangan dirinya...
Modus operandi ia...lelaki ni datang kesitu pada waktu malam...mungkin melepaskan gas..hahahahaha...
Tapi orang kampung nak tangkap khalwat tapi tak cukup bukti sbb...ia masih diluar umah...
Lain kali kalau nak kerja tangkap khalwat biar ler teratur dan yang ditangkap dapat dituduh.
P/S;...itu ler dayakan seks...tak kira...ia siapa..atau dimana...yang penting puas....puas..tapi bawa padah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan