Jumaat, 11 Jun 2010

Sana sini kenduri kawin weh............


Aku ada banyak jemputan makan kenduri,maklumlah cuti sekolah telah bermula maka berlumba-lumbalah ibubapa mengawinkan anak-anak yang nak berlaki dan berbini..hehehe..... Tapi aku sedih juga sebab aku tak dapat pulang kampung minggu lepas kemajlis kenduri sanak sedara aku tu..aku tak leh nak cuti nak wat macam mana.harap-harap orang kampung faham. Ari ne 11/6/2010 kol 10 pagi aku dan wife pi kemajlis kenduri kawan aku keluarga cina di Kampung Bujuk dekat dengan sekolah keb Banggol Katong,Serada Terengganu.Dalam perjalananku ke tempat majlis kenduri tu,aku lihat banyak kanopi majlis kenduri kawin,wah macam raya lak rasanya dengan suasana orang ramai yang datang berkunjung majlis kenduri,kereta bersusun pakir tepi jalan dan kon polis jadi sasaran ditengah jalan untuk perlahankan kenderaan tak kurang juga dengan bunga manggar yang dicacakkan berserta dengan tanda pandu arah nama pengantin samaada lelaki atau perempuan semata-mata agar tetamu yang datang tidak tersesat jalan gitu lah gamaknya dalam meraikan majlis kenduri kawin.
Bila aku dan wife sampai kat umah Aseng,wah.......dah ramai orang datang,nampak memang meriah,orang melayu dan cina sama ramainya,mungkin yang dikatakan Satu Malaysia yang berjiwa nasional.seronok lak aku rasa,sebab kat tempat asal ku,jarang cina kenduri panggil orang kampung,tapi kat sini percampuran dah lain,loghat mereka pun dah macam orang melayu telo pun dah jauh beza.Kat situ pun aku jupe ramai saing2 kuala berang memeriahkan majlis kenduri Aseng[Aseng ni ada carwash dikuala berang]jadi ramailah kawan dan pelanggan ia datang kemajlis kendurinya.Mula aku bimbang juga nak makan tapi aku lega kerana yang masak adalah orang melayu jiran Aseng yang memasak,dan yang jadi penanggah{bewoh}adalah jiran-jiran ia belaka.memang harmoni lah.aku suka suasananya.Lauk pauk yang ada sama macam kenduri orang melayu juga.Selesai aku makan.aku pun jupe tuan rumah untuk minta diri,bagi aku ini adalah pengalaman aku yang pertama kali hadir kemajlis kenduri yang sebegini rupa,aku puas.Pada mu Aseng terima kasih kerana jemput aku kemajlis kenduri.[Ganbar yang dok ada tu,gambar aku dengan wife....tahun 2006 yg lalu....]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan