Selasa, 14 Disember 2010

cinta sulit...bawa padah....

13/12/2010....aku keluar tugas macam biasa buat rondaan serta wat pemantauan ditempat tempat Hotspot untuk mencegah berlaku apa apa jenayah...cuaca nampak baik jer..aku berharap agar cuaca tidak ujan..menyenangkan aku melakukan tugas rondaan...jam lebih kurang 2315 hrs(11.15 pm)aku terima arahan supaya pergi kekampung Telaga Kuala Berang(Teluk Balai) dimana orang kampung kat situ ada tangkap seorang lelaki melayu.Aku dan krew bergegas pergi ketempat kejadian dan tangkap lelaki itu dihadapan umah dimana aku difaham,umah itu didiam seorang Mak Jan(Janda) yang berumur 40 an...budak lelaki yang ditangkap umur(beranak dlm thn 85..)Tanya pun tanya lelaki ini ada hubungan sulit dengan mak jan ni..dan banyak kali penduduk kampung melihat kelibat lelaki ni berulang alik pada waktu malam....dan masuk kerumah mak jan..tapi malam tu ari yang malang pada lelaki ni kerana ia ditangkap oleh orang2 kampung dan tak kurang dibelasah oleh orang kampung tapi tak teruk ngat..sbb aku mai awal...kalau tak tau ler...mungkin muka ia jadi 4 segi ler...
Aku pun bawa lelaki tu  kebalai,untuk siasatan lanjut dan ambik keterangan dirinya...
Modus operandi ia...lelaki ni datang kesitu pada waktu malam...mungkin melepaskan gas..hahahahaha...
Tapi orang kampung nak tangkap khalwat tapi tak cukup bukti sbb...ia masih diluar umah...
Lain kali kalau nak kerja tangkap khalwat biar ler teratur dan yang ditangkap dapat dituduh.
P/S;...itu ler dayakan seks...tak kira...ia siapa..atau dimana...yang penting puas....puas..tapi bawa padah....

Ahad, 12 Disember 2010

Cantik dimata...cantik di hati...apa sudahnye....

"Wajah bak artis.kulit gebu,belum 'tercemar'dan pembersih antara kelebihan anak dara Maghirbi yang boleh disunting lelaki Malaysia beragama islam....dengan hanya belanja rm14,000.(metro 12/12/2010)
 Menurut laporan gadis gadis Maghirbi ni
1.Cantik
2.Kulit gebu
3.Subur
4.Belum tercemar
5.Taat
6.Pembersih
7.Pandai menjaga makan
8.Bukan jenis pengikis
9.Tidak perlu dating
10.Murah.
Cantik dalam arti kata cantik mcm artis dan memenuhi mata memandang senang dimata senang dihati..akan tetapi sejauh mana pun kecantikan itu tak semuanya akan berpanjangan..sbb ramai geng2 artis nikah kawin wat gempak giler..pisah jua..so cantik tu belum tentu hidangkan yang terbaik...
Kulit gebu...semua perempuan/wanita yang muda kulit gebu mulus...mcm lagu Mawi...tajuk Gadis melayu....kat situ pun ia memuji2 kecantikan gadis melayu sama juga dengan gadis maghribi itu...sama jer...yang penting jaga badan....
Subur....wanita muda belia...semua kelihatan subur umpama lalang tumbuh...tapi kita tak tahu sepenuhnya..samada boleh mendapatkan zuriat atau tak...umpama setandan kelapa ada juga yang komeng.begitu juga wanita...ada yg mandul...
Belum tercemar..mana kita tau ia blm tercemar atau tak...sbb ia boleh kata sedemikian semata mata nak jaga saham nya..
Mana ada orang nak ngaku..kalau boleh nak sorok,tau tak tau pun malam pertama ler baru tau kepastiannya.....
Taat...memang ler...setiap perkahwinan sang isteri mesti taat pada sang suami...sbb dalam agama pun dituntut untuk berbuat demikian.
tak kira org itu berbangsa apa pun ketaatan pada sang suami adalah keutamaan...
Pembersih...aaha..dalam soal kebersihan aku rasa semua wanita dah tau cara cara nak bersih diri dan jaga rumahtangga...apakah ada wanita melayu yang tak tau jaga kebersihan.?
Pandai jaga makan...aku rasa ia perkara biasa
bukan perkara yang mustahil...
Bukan jenis pengikis...dalam masaalah ini...aku tak leh nak cakap...kerana budaya kikis harta ini...banyak ceritanya...kekadang ada yg kikis harta dan ada yg tidak...50/50...
Tidak perlu "dating"....kalau nikah kawin diatur memang konsep dating tak ujud dah...
elok juga..itu adalah amalan kawin dulu baru bercinta....maklumlah wanita ni org jauh...mana ada masa nak jumpa...nanti banyak lak belanja untuk beli tiket kapal terbang..bazir wang...bazir tenaga....
(Jodoh dlm internet jer...)
Murah...murah yang mcm mana aku tak pasti demi untuk perkahwinan ini..pada aku terpulang pada kemampuan si lelaki ler...
Hahahaa...banyak ngat aku membebel...bukan tak puashati..tapi sedikit sebanyak tergugat juga wanita wanita malaysia yang comel mulus..terbiar..bila ramai jejaka yang berada atau tak memilih wanita maghribi...alih alih...geng lombok dan bangla yang kebas...so wanita kita mesti ada ciri ciri yang seperti diatas jangan esok jadi ANDARTU.....
Banyak lagi..tapi cukup ler takat ini aku ngomel...but the way i like malaysian....
sbb sopan santun adat budaya yang indah.....
Fikir lah sendiri...yang baik atau tidak...

Khamis, 9 Disember 2010

1..Buang janin,anak..biasa dah...lah ni lak jual anak dalam perut....

Pada waktu ini banyak kita dengar dan baca berita berkenaan segelintir manusia bergelar perempuan buang anak...buang janin apabila cinta terlarang terjadi dan tiada berkesudahan apabila tidak mahu bertanggungjawab maka jalan yang paling mudah buang janin,buang anak demi melepaskan bebanan yang tak mungkin ditanggung atau malu pada masyarakat umum,beginilah jadinya bila perbuatan tidak difikirkan akan akibatnya....
Dalam harian Metro 9/12/2010...aku tergamam bila ada org yang sanggup jual anak dalam perut pada kaum asing...sedangkan ia orang melayu(muslim)takkan ia tak tau apa akan jadi pada anak itu bila ia dah dewasa....
Aku betul betul marah dengan perempuan ni
kalau tak mau pun bagi ler kat orang melayu..
Andaikata ia tak mau anak itu,jangan lah mengandung..pakailah benda2 yang disyorkan demi mencegah kehamilan ini tak kira nak sedap ia ajer...bila dah lekat baby mula dah gelabah,sempit duit mula cari pasaran untuk jual anak wlwpun masih dalam perut...apa lah jenis manusia ini....binatang pun sayang anak.....
Mujur ler wartawan metro dapat memujuk perempuan yg berkerja sebagai GRO dan pergi kepusat perlindungan Rumah Kebagikan Wanita dan Remaja sehingga bersalin dan lepas pantang..harap2 kalau ia tak mau juga bagi ler pada insan2 yg memerlukan anak tapi bukan bagi pada orang asing...
Dalam sudut pandang...pekerjaan GRO adalah sesuatu kerja yang tidak baik.tapi dalam mengejar duit mudah ramai remaja terjerumus dalam kancah yang tak bermoral...setahu aku sewaktu dibangku sekolah kita telah diajar dengan perkara apa itu dosa dan pahala..yang buruk dan baik..serta adat tatasusila kehidupan.seperti yang ada dalam rukun negara kesopanan dan kesusilaan,mungkin ia jumud dalam hal2 yg sedemikian.
Yang keduanya lak,bila kita bercakap pasal dosa..ramai yang memperdulikan..apa itu dosa..sebab tak nampak atau dilihat dengan mata..dan tak dapat dirasa dengan tangan maka dosa tinggal dosa bolih dilewa lewakan..tapi andaikata dosa bolih dirasa,bolih dipandang nescaya semua insan didunia beriman pada Allah...tiada lak perkara perkara bodoh yang sedia ada,itulah kelebihan Allah demi menguji keimanan umatnya yang mesti dilakukan dengan jujur dan insaf.
Aku pun tak tau mengapa perkara perkara sedemikian sering berlaku dalam zaman yang kian mencabar seolah olah tiada batasan.
Mungkin dunia nak kiamat kot....ya allah....
berilah ruang pada ku dan umat yg lain memohon keampunan dari mu ya..allah...

Rabu, 8 Disember 2010

Putus tangan....maal hijrah berdarah...

Ohhh..ngeri lak aku baca berita seorang penjenayah yang terputus tangan dipergelangan sewaktu melakukan jenayah pecah rumah di sebuah kampung Jertih,Besut Terengganu...semata mata untuk menampung belanja keperluan dengan melakukan perkara yang tak berbaloi dan menyusahkan orang ramai...dan penjenayah ini tak menghayati Maal Hijrah...dimana diri mesti atau harus berubah dan membuat perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang tak baik serta membaiki diri kearah kejayaan diri bukan menyusahkan diri sendiri.Ini mungkin balasan dari Allah supaya insaf dan menyesali semua perbuatan yang salah.Insaallah.
(Rujuk pd berita harian 8/12/10).
Mengapa mangsa yg kena tetak dengan parang tak mahu berubah kearah kebaikan tapi masih mahu melakukan perkara yg salah disisi masyarakat dan undang2..walhal di Malaysia ini ada bermacam macam peluang demi untuk memperbaiki kehidupan diri,,hanya berbekalkan kemahuan,kesungguhan seseorang itu akan berjaya dalam merubah pada perubahan hidup,sebagaimana yang kita tahu,ramai warga asing telah datang ke Malaysia berebut peluang.Tapi warga malaysia kita yang sedia ada hanya tunggu dan lihat.Dalam sambutan maal hijrah ni...aku berharap para remaja diluar sana sama sama merebut peluang yang ada dalam membina kehidupan yang lebih sempurna bukan hanya untuk melakukan jenayah,dan akhirnya menyusahkan keluarga dan negara.

Isnin, 6 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1432....

Salam...
Dalam sedar tak sedar tahun dan berlalu tanpa aku rasakan...mungkin semua yang aku hadapi pada 1431..semuanya aku lalui dengan rasa tabah dan redha hingga berasa cepat berlalu,syukur pada mu ya allah,beri semua kesempatan pada ku dalam menghadapi ujianmu terima kasih ya allah.....
Moga 1432 ini allah beri yang terbaik dalam aku mengharungi perjalanan ini .

Jumaat, 3 Disember 2010

Derita Cinta - Jamal Abdillah

  • lagu ini adalah lagu siulan aku waktu frust dulu dulu....tapi bila difikir fikir bodoh lak...sbb bunga bukan sekuntum...maka dengan itu aku tabahkan hati dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan kegilaan...dalam memburu sebuah kasih sayang bernama cinta...kini aku tetap aku bahagia dalam keadaan sekarang...terima kasih pada mu ya allah....dan aku redha dengan ujianMu.....