Ahad, 27 Mac 2011

Yang lalu biar belalu....

Aku kekadang tak faham pada sesuatu keadaan atau takdir yang menimpa atau terjadi,atau berlaku pada orang yang kecewa ditinggal atau meninggalkan seseorang yang di sayangi secara langsung atau tak...memang lah satu perkara yang mana sukar diterima dengan akal fikiran yang waras....kekadang kesudahan jadi macam bunuh diri,mgkn kerna tekanan dan tak dapat menerima kenyataan.Aku telah banyak jumpe perkara pekara sebegini...maklumlah aku dalam pasukan dah temu berbagai bagai suasana....contohnya...terjun bangunan,,,gantung diri...minum racun...
semua ini ada kaitan dengan gejala cinta kasih sayang yang tak terlaksana.Fenomena sebegini dah menular dalam budaya melayu masakini...tak kira laki atau perempuan...
Arrr mereka2 ne mcm takder pendirian tapi untuk perhatian ramai...mereka sanggup lakukan.Tapi bagiku ini tak berbaloi..
Banyak bende yang bolih dilakukan demi untuk melupakan...wlwpun kekadang makan masa..seolah tak mahu melepaskan setiap kenangan manis yang pernah diciptakan bersama waktu tu..adakala nya jadi sasau..
ini lah segelintir dunia remaja masa kini....amat menakutkan...tak macam zaman aku dulu dulu...
Pada remaja yang dok frust tonggeng menonggeng...bangun ler..sedarkan diri..dan bina kehidupan yang baru...jgn berharap pada yang dah pergi...tak guna juga kalau kita saje dok ingat kat dye...tapi dye bahagia disisi org lain.Kehidupan kita adalah hak kita...dan kita yang menentukan yang baik dan buruk.
Semoga Allah terus memberi rahmat serta berkahnya pada kita....Ingat sekali dua kecewa adalah dari ujian allah......dan selalu berhati hati....sebab cinta itu buta....
Jangan kita jadi hamba cinta.......................

aku bergelut dengan orang kurang siuman.......

Selepas aku solat gharib...aku bersama krew cik Roslan..terima arahan dari pihak DCC [district command center]Ipd H/trg...dimana mengarahkan kami berdua supaya menghala kekampung Kuala Kejil dimana ada kejadian seorang kurang siuman[org gila]mengamuk dirumahnye...kami bergegas kesana dengan harapan supaya tiada perkara yang lebih buruk berlaku....Dengan suasana ujan renyai renyai aku pandu M/kar peronda Wnr 124 menuju tempat yang dimaksud tadi,dan aku tahu dan kenal dengan org gila itu,kerna dah berkali kali aku tangkap sebelum ne...waktu aku dulu amat mudah,akan tetapi sejak kebelakangan ini org gila ne,bertindak lebih ganas.Kerana aku dimaklumkan dia ada membawa sebilah parang.Setibanya aku dan krew...memang betul,aku lihat dia memegang sebilah parang yang berbungkus dengan kain, dan dia mengurung diri bersama ibunya. dia meracau racau dah memang dia "org gila". keadaan tambah genting bila dia mengacah acah nak bunuh ibunya,apabila ibunya nak keluar dari bilik tu,orang kampung ramai yang datang melihat keadaan itu,semacam pesta lak..bukan mau tolong kami...mai pakat pakat tengok jer...nak wat macamana...aku dan cik roslan jakankan tugas dengan memujuk mujuk org gila itu dengan berbagai cara namun tak juga berjaya...suasana tambah genting lagi bila org gila nak tendang terajang ibunya...org tua itu[ibunye]meraung minta tolong,maka untuk tindakan lanjut cik roslan berhubung kembali dengan DCC meminta arahan selanjutnya....Dan arahan nya pecahkan pintu bilik untuk selamat org tua itu.Sebelum abang[abg pd org gila] pecahkan pintu bilik,terlebih dahulu cik roslan telah sembur dengan Spray Pepper kearah muka org gila itu.sewaktu dlm keadaan kelam kabut,aku turut terjah dalam berhati hati...kerna ditangan org gila itu ada parang yg berbalut kain,kami dapat keluarkan org tua itu dengan selamat.Ada lucu nya..sewaktu org gila itu terpinga pinga dalam kepedihan aku dengan cik roslan bergelut dengan org gila,dalam misi rampas parang,wah kuat juga kederat[tenaga]org gila ne walaupun nampak kecik.berhempas pulas kami berdua nak tumpaskan nya..akhirnya kami berjaya.Parang kami rampas...dan aku gari org gila tu....perrghhh...berpeluh juga aku
tapi aku lega..semua dah selamat.Pastu kami serah org gila tu pada anggota balai k/brg dan dibawa ke Sepital Hulu Terengganu untuk rawatan.Dalam masaalah ni,org gila degil tak mau makan ubat yang dibekalkan olih pihak sepital..itu lah maklumat yang dapat dari abangnya.Aku nak tanya banyak pun takut jadi cerita lain lak.Macam mana pun semua dah selesai.Tapi aku tahu...dia akan mengamuk lagi dimasa akan datang,bila ubat nya tak di makan.sbb per..dah berkali kali aku tangkappppppp.....cuma kali ne lain sikit cara menangkapnya.Demi tugas aku akan laksanakan demi memuaskan hati keluarganya supaya pasukan PDRM dipandang tinggi di sisi masyarakat...bukan hanya kata kata...
Aku nak ucapkan ''Selamat Hari Polis Ke 204"
moga aku lebih sukses dalam penugasan harian demi masyarakat amnya.

Jumaat, 25 Mac 2011

ngaper mesti begini akhirnya.....bunuh diri......???

Aku terpanggil untuk mempaparkan bagaimana segelintir insan bernama manusia ini terlalu singkat dalam mengambil sesuatu tindakan keputusan yang diluar batas batas norma kehidupan...jika hanya setakat putus cinta...dimana cinta dihalang olih keluarga.
Dan terus ambil tindakan dengan cuba membunuh diri dan berbagai bagai cara... seolah olah kehidupan tiada bermakna lagi....wehhh...dengar lah para remaja yang di luar sana..kehidupan adalah sesuatu yang indah dan unik...mengapa harus ditamatkan dengan cara yang terkutuk...umapamanya bunuh diri..dan lain lain lagi,tak payah aku nak ceritakan pada ko orang...sebab kau orang sendiri tau..kerna tiap hari kita di momokan dengan berita remaja dan juga manusia yang bunuh diri apabila kemahuan dihalang..atau kecewa..atau dikecewakan..
wah...memang lah kita akan rasa dunia ni tak adil,tak itu tak ini..macam macam lagi lah.....
Demi untuk ambik perhatian si anu atau mana mana pihak...insan insan yang bodoh ne sanggup lakukan semata mata untuk puaskan hati perasaan tanpa memikirkan perasaan ibu bapanya.......
Tidakkah dia terfikir akan kasih sayang keluarga sendiri...[mak ayah]sebelum ia melakukan benda2 ne...
Arrgh...aku tak tau...orang kata dah hilang pedoman hidup...stress yang tak dapat di atasi yang nampak bunuh diri dengan cara tarik perhatian orang awam...inilah trend masa kini.
Aku cerita semua ni selepas aku baca dalam akhbar Kosmo.[25/3/11] dimana seorang remaja perempuan nekad untuk terjun dari bangunan tiga tingkat di KB Mall Kelantan gara gara putus cinta dengan teman lelaki nya.Tapi Allah masih sayangkan ia.masih hidup,dan berkeadaan stabil.
Aku pernah melalui zaman remaja dan pernah kecewa dalam alam percintaan,tapi masih cool dan tabah hadapi semua itu,bagi aku sesuatu kekecewaan bukan berakhir dengan trajedi yang menyayat hati,tapi itu adalah ketentuan dari Allah,kita harus berusaha untuk mengatasi semuanya.Jalan singkat bukan satu jalan penyelesaian yang akhir.
Ingat wahai remaja yang di luar sana..kehidupan ini penuh dengan warna warna indah umpama warna pelangi yang lengkap.so...gunakan sebaik mungkin.
Nikmati dengan penuh keertian sebuah kehidupan yang Allah bagi.

Selasa, 15 Mac 2011

Terimalah kenyataan..walaupun pedih.....

Semua orang takkan dapat menerima apa apa sesuatu keputusan yang tak memihak pada diri sendiri.Lebih lebih lagi sebuah harapan yang dibina selama ini hancus berkecai berderai derai tak mungkin akan bersatu kembali...inilah yang berlaku dan terjadi pada kawanku..berat mata mandang berat lagi hati perasaan yang menerima.Kekadang seakan tidak adil,tapi harus diingat dan dikaji dimana salah silap perhubungan yang baek tapi tak sampai dipenghujung pelamin...Sudah tentu ada yang tak kena,yang mungkin jadi penyebab sebuah perjanjian terungkai habis.
Sis..harus terima semua keputusan yang telah termaktub dan tiada lagi pintu harapan demi merealsasikan impian yang menggunung.
Salah siapa?dimana mulanya...
Sis...jangan lagi disedihkan..mungkin ada pertemuan yang murni membibit rasa cinta kasih sayang yang dulunya suci..tapi kini hanya mimpi mimpi sedih pilu bila yang di janjikan dulu cuma sepotong mimpi ngeri.
Sis...jangan jadikan kasih sayang yang telah tiada akan di jadikan sebagai kain kapan..jangan sesekali sis, ingat pada allah...perjalanan hidup masih jauh dan banyak lagi perkara perkara yang indah dihadapan menanti penuh harapan...yang patah tumbuh berganti,yang hilang pasti allah berikan yang lebih baik dari semalam....
Sis...jadikan ikhtibar demi mahu mencipta sebuah kehidupan bahagia.
Jangan lagi dirayu pada yang akan pergi....
Relakan ia pergi...relakan nya..walau pun hati pedih luka yang tak kelihatan darahnya........
Dahulukan sudah dikatakan sesal dahulu pendapatan tapi kini jadi igauan mimpi....
Aku dah tak dapat menolong sis dalam keadaan yang kian rumit lagi berbelit belit.
Peluang yang ada sis sia siakan...
Sis...lepaskan ia pergi...lepaskan ia dengan dunianya...hatinya sudah keras sepejal tembok batu tak mudah untuk dilebur dengan airmata mu sis...tabahkan hati,hadapi semua apa yang telah allah jadualkan pada hambaNye..dan redha ketentuan allah,
Maafkan aku sis....aku tak berdaya lagi.
Aku juga dapat merasakan apa yang sis hadapi kerana ianya amat memedihkan.

Ahad, 13 Mac 2011

lesung pipit oh lesung pipit....

 Aku risik risik aper citer kawanku yang ada fair dengan gadis yang ada sepasang lesung..kening tebal hidung mancung kecil,mulut kecil..bibir umpama seulas limau..wah..aku lak lebih lebih...hei..aku kutip dari kawanku ler...maklumat ne tau...bukan aku nak memandai mandai reka citer ne...semua adalah betul...tiada khayalan tapi benar benar belaka....aiii aku ne macam wartawan gosip lak...jgn kawanku saman aku udah ler hehehehe...soonok juge dengar citer kawanku ne.......
Menurut kata nya..setakat ini perhubungan dengan silesung pipit berjalan lancar agak intim walau pun kekadang ada juge salah faham terkehel sana sini..bese ler..adat orang berkawan laki dan perempuan tak lepas dari semua itu.Jeles...cemburu nyata atau tak, dah jadi keterbiasaan dalam masyarakat melayu kita dewasa ne..tapi jangan dok kisah sangat lah dengan benda benda yang remah temeh ne wat pening kepala jer..nanti takder darah tinggi jadi ada....wat mcm saya ne happy go lucky...selesaikan semua dengan cara yang baek.Berbalik pada kawanku....kata ada sekali hal yang remeh jadi..so ia pun pujuk rayu..
rayu merayu pujuk memujuk..lama lama si lesung pipit ceria semula macam bese...wei...sonok ati kawan ku tu...ingatkan takat ne jer perhubungan...tapi allah masih panjangkan lagi.
Aku korek lagi citer nya....
Silesung pipit ne nakal nakal orang nye tapi manja spontan...aku pun tak faham apa maksud sebenarnya.....arrgh... aku tak mau tau sbb itu hak dia...so aku tumpang sonok jer.mudah mudahan ia akan bahagia walaupun terpaksa menempuh segala rintangan yang mendatang...kata orang lama lama..alang alang seluk pekasam......yang seterusnya ko orang sambung ler.....sampai ketemu lagi.....sebab kawanku ne sporting giler...

Sabtu, 12 Mac 2011

Remaja bukan sekadar gurauan.....

Uughh.......budak remaja ler ni bertambah hebat bila atas jalan raya dengan motosikal kegilaan masakini,dimana mak ayah sanggup berkorban demi anak-anak.tapi makayah tak tahu apa aktiviti anak-anak bila dah dapat motor.....melaram sakan tak ingat jasa budi makayah,yang ingat syukurlah pada allah,gunakan motor sebaik mungkin.
Aku nak cerita segelintir puak-puak remaja yang suka merempit atau melepaskan hawa gian berlumba.......Kelmarin[Jumaat ari minggu di ganu] aku keluar patrol macam biasa,aku tengok sekumpulan anak remaja dengan motosikal pujaaan....kelihatan tiga atau empat penunggang bonceng awek...wah bukan main gah ler waktu itu,sewaktu melalui depan aku,nampak semacam jer lagaknya,aku dah agak budak remaja ni ada yang tak berlesen,bukan main ia cilok,tak ,macam tak ingat ia bonceng awek,kalau lah jatuh atau tergesel sesama saing kan buruk jadinya....tak pasal-pasal nak penuhkan katil sepital.Yang aku tak sukanya ia bonceng awek,awek tu anak orang,kalau jadi apa aper kat awek tu.....makayah deme juga yang susah,patah riuk ker,jatuh lak saham,tak laku lak.....makayah juga yang pusing.Aku pun tak tau lah apa nak jadi dengan remaja masakini banyak berlibur kepada keseronakan yang tak kenal erti sempadan dan tatasusila kepada norma-norma kehidupan.Aku pun pernah remaja tapi tak lah macam ni, aku ingat pesan makayah,cikgu2 dan hormat pada orang lebih dewasa......................
So tugas aku,mana-mana yang terkehel terjatuh merempit atau dihimpit.....aku kutip hantar kesepital jawabnya lah.....
Jangan ada makayah tuduh kami jadi penyebab remaja mat rempit ne jatuh atau hilang nyawa semasa dijalanraya,saya dan pasukan mahukan jalanraya tempat yang selamat.

Khamis, 10 Mac 2011

Patah tumbuh..hilang berganti..patah hati..aku tak tau...

Aku berjumpa kawan FB..aku tanye ngaper lama tak on9..aku bukan ada per per ngan ia....sekadar kawan jer tak lebih dari aper2 pun...hai jangan dok fikir yang lain... aku memang dah lama kenal ia..kerana ia bertugas di Digicom..Kbrg..lagi pun aku dengan big boss ia baek like old school.Weii aku tak pernah ambek kesempatan yang ada...we just friends..nothing more than thats.Meraung lak orang umah aku huhuhuhuhu....
Bukan per..dulu ia kuat ngat komen per per dalam Fb..tapi ler ne diam,macam ada yang tak kena,aku pun heran juga...jadi aku beranikan diri utk menanya apa benda perkara yang telah berlaku dalam kehidupan seharian,alamak aku macam repoter gossip semasa lak...tak sedar aku ne blogger cabuk jer...tulis pun suke suke jgn kena saman udah ler...isi masa yang terluang.Aku pun memulakan suasana yang ceria bila ada peluang aku tanya kenapa jadi begini...jadi begitu...
Hah....rupa rupanya..si bedah ne dok frust tonggeng menonggeng..apa tak nya buah hati pengarang jantung yang di puja puja selama ne memadu kasihsayang janji setia umpama romeo n juliet... hancur berkecai adussssss....bila sibedah dapat tau arjuna itu memilih laila....tapi bukan diri nya...tu yang aku nampak mcm tak ceria...
Yela..lama kawan cinta bagai nak rak alih alih tunang ngan org lain..dunia ibarat tak bererti lg,jiwa raga seolah olah kosong belaka.
Tapi bagitau kat si bedah ne..perjalanan masih jauh,ramai lg yang diluar tu dok menanti melambai lambai cuma pilih yang sesuai sempurna...jangan ler nak sama kan kekasih lama,memang tak sama...kehidupan mesti diteruskan,lupakan kesedihan buka buku baru.Anggap lah sebagai dugaan jgn difikirkan sangat.Dan jangan wat yang tidak tidakkkk..Nanti kurus lak badan merana giler.
Hai bedah jangan turutkan hati yer..
Patahkan tumbuh hilang berganti walaupun akan ambil masa yang lama...yang penting kehidupan perlu ceria yea,,
Aku nak cakap banyak banyak pun kat si bedah nanti di salah anggap lak.
Aper pun aku doakan moga bedah dapat pengganti yang lebih sempurna. 

Rabu, 9 Mac 2011

Cerita kawan ku...menarik perhatian ku.....

Minggu yang lalu aku temu dengan kawan lama yang lama tak aku temui.Hai....... macam lak cerita aku dengar......tapi cerita yg ne menarik perhatian ku lak hehehehehe...
Katanye.."pada suatu hari,ia telah terlihat seorang gadis yg benar benar menarik perhatiannya...tak kata oleh hati perasaan[itu kata dia]mulanya ia jupe kat sebuah kedai makan..tiap hari ia datang semata mata nak lihat gadis itu yg berlesung pipit,kerana ia mengingatkan kembali kisah silamnya waktu muda2 dikampung...minat benar dengan gadis yg berlesung pipit..,maka dari saat itu ia sering mengunjungi kedai makan tu...tetapi suatu hari gadis itu telah tiada,tak tau pergi kemana...nak tanya orang orang yang kat situ malu..nak tak nak pendam rasa jer lah...hari demi hari berlalu minggu demi minggu berganti bulan demi bulan pergi tanpa sedar...tiba tiba satu hari gadis berlesung pipit itu muncul kembali..tanpa diduga..berkembang ler hidung bergetar ler jantung,kerna nak tau selama ini pi mana.......
dengan kehadiran kembali gadis itu benar benar membuat ia gembira dan cuba utk mendekati tapi suasana malu malu kucing itu masih ada menebal,ia memang suka tengok senyuman yg berlesung pipit kiri dan kanan..buat ia rasa tenang setenang air tasik...
Tapi kerana perasaan malu terus menyelubungi dirinya..ia sekadar jadi pemuja di pinggiran...namun hati tetap bertanya tanya siapa sebenarnya gadis itu...nama aper...duk kat aner...umur berapa...kalau di lihat dari susuk tubuh mungkin dalam 20 an..
yer la nampak semangat..katanya lagi..ia suka dengan gayanya benar benar menawan.
Jika ia ada masa lapang,ia pasti mengunjungi tempat itu semata mata nak melihat gadis itu.
Hajat hati nak juge,rapat rapat ambil peluang untuk bual mesra tapi lidah lak kelu untuk memulakan kata...alamak macam main wayang lak...tu yg aku suka dengar citer kawan aku ni...
Waktu terus berlalu tanpa menanti sape sape...kawan ku tak pernah putus asa untuk mendekati gadis itu,sejak pertemuan padangan pertama sepasang lesung pipit yg melekat dipipi telah mengimbau kenangan masa lalu,dan kini  seolah olah bertaut kembali walaupun ianya dilain daerah
tapi kenangan itu tetap subur bila terlihat pancaran matanya yg keredupan dan ke ayuan seakan ia akan bertaut lagi...
Keberanian kawanku bermula awal pertemuan diStadium Kuala Terengganu..waktu itu hujan lebat,dengan tak secara langsung dapat merapat jurang yang selama ini tak mungkin berpeluang...akhirnya ia dapat ditemu berbual.Wah betapa megahnya...betapa sonoknya waktu itu..tak hiraukan hujan yang turun...macam lagu Iwan dan Amalina..''Memori daun pisang'' hehehehe...lawak lak...tapi aper pun asal ia gembira.Dan tak sia sia usahanya untuk tahu siapa gadis itu sudah ada jawapannya...dia tak citer lak...ia kata ia gembira...aku juga tumpang gembira...Betuah ler ko dapat kawan dengan gadis tu...NSA592....geng perjalanan masih jauh...harus difikirkan masa hadapan demi hari hari yang ceria.

Isnin, 7 Mac 2011

terlambat......

Terlambat masa mungkin kita boleh menunggu pada masa yang akan datang akan tetapi jika terlambat kasih sayang pernah kita miliki,dan kita abaikan demi untuk memenuhi hati perasaan,gara gara cerita domba yang mana datang secara tiba tiba dan tak secara langsung,cerita cerita itu menjadi satu episod batu penghalang sebuah kebahagian yang telah dicipta sekian lama dalam menanti saat hari bahagia,aku berkata demikian setelah aku dengar kata luahan dari seorang sahabat yang amat kenali hati budinya sekian lama bukan setakat setahun tiga tapi bertahun tahun,dan aku amat menghormati akan pendirian sahabatku itu.Tapi pada insan yang kurang mengenali sudah pasti akan melemparkan sejutaan tanggapan seolah olah perkara perkara yang diungkapkan adalah benar belaka...amat kesian sekali...mengapa sedemikian rupa harus berlaku dalam perjalanan sahabat ku ini.Sehingga tiada nafas ruang untuk ia memberi kata sebenar.
Kerna setiap alasan nya demi untuk menepis kata hina cacian cuma dipandang sepi....
Nak ku tanya padamu...dimana ko berada waktu itu...sayang seribu kali sayang,ko tak sanggup untuk hadapi semua itu,ko juga seolah olah tertekan pada suasana sekeliling.
Tanpa ko tidak membandingkan mana kaca mana permata,itulah hakikat suci dalam debu.Utk pengetahuan ko,aku pada masa itu hampir berjaya memujuk hati perasaannya hampir jadi batu,aku puas kerana,aku dapat memujuk sejauh 60 persen....tapi ko pada masa itu masih dengan keegoan ko,malah ko melemparkan kata kata yang tak sepatutnya.
Ko tahu...sahabatku mahu kembali pada ko, setelah ajak ia kenangkan saat manis saat bahagia tika itu,aku rayu demi sebuah mahligai...tapi ko tetap dengan cara ko..
Ko tahu...aku amat sayang pada satu perhubungan yang telah lama ko bina bersama sahabatku,malah aku gembira,suka, kerana ko adalah lambang sebuah kehidupan yang harmoni,yang sahabatku hebahkan pada aku,aku tumpang gembira,sekurang2nya terisi juga kesunyian itu,tapi panas tak kepetang tiba tiba hujan ditengahari................
Terlambat kata maksud aku pada ko...
Aku tak tau sama ada ko akan mendapat kasih sayangnya....atau umpama mimpi dalam mimpi....
Jika ko ada pertemuan lagi pada sahabatku....mungkin itu adalah anugerah dari allah.

Ahad, 6 Mac 2011

Sahabatku Bat/Tonie....dan Liz

Bro Bat...nampaknya banyak ngat ler ko punya derita selama ini,mengapa baru sekarang ko luahkan semua pada aku...mengapa tidak dulu lagi..bukan per sekurang kurang aku dapat meringankan bebanan derita yang ko tanggung selama ni..walau macam mana pun aku telah cuba sedaya upaya namun semuanya umpama nasi dah jadi bubur dan umpama mimpi dalam mimpi.Aku bangga dengan ketegasan ko menangani masaalah ko ngan liz....Pada aku ko ngan liz adalah pasangan yang amat bahagia sewaktu aku melawat FB ko orang..wah memang aku harapkan ko akan sampai kejinjang pelamin..apa daya ko dan liz hanya merancang tapi ketentuan adalah hak allah.Aku juge dapat rasai apa yang ko alami,dengan caci hina,tapi ko wat dak jer.ko memang dah biase hadapi semua itu.Bravo bro.Pada liz jgn berkecil hati dan putus asa kerana perjalanan masih jauh lagi serta banyak lagi perkara yang baru,lupakan semua itu anggap lah sebuah kenangan dan pengajaran dimasa hadapan,kerana kehidupan mesti diteruskan.
Bro Bat dah anggap liz sebagai teman tapi mesra.kawan yang baik sampai bila bila.Jangan ada lagi perasaan marah atau kecewa pada Bat...
Liz..tiap perkara yang berlaku ada hikmah hikmah yang tersembunyi dan kita harus menerima dengan dada yang lapang serta terbuka.Mudah mudahan Bat n liz diberkati allah disepanjang perjalanan kehidupan.Disini aku memohon maaf pada mu liz kerana tak dapat menyatukan ko orang.Tetapi kalau tidak dengan kedegilanmu liz aku percaya Bat akan menerima Liz kembali seperti dulu.Liz kau umpama lagu Rahim Maarof...''USANG''.
Setahu aku Bat dan lembut dengan kata nasihat aku tapi ko liz masih tetap dengan pendirian yg aku kira ko kolot dalam ketegasan yg tak bertepi dimana akhirnya ko liz kehilangan orang yg ko sayangi....maafkan aku liz dan abis ikhtiar aku untuk melentur hati Bat demi untuk ko.
Maafkan aku Liz andaikata kata2 aku amat pedas.
Liz...semuanya sudah terlambat bila ko mahu mengikut cara Bat...umpama lagu Shidie...''Sayang semuanya sudah terlambat usah tak usah ko kesal lagi''.Liz,aku mohon dan aku pinta pada ko,pulang lah kepangkuan keluarga..buang yang keruh dan ambil yang jernih....sebagai anak yang soleha amat patut liz dengar kata nasihat keluarga...kerana sebusuk busuk daging akhirnya dimakan jua.
Lupakan sengketa.damaikan hati perasaan.
Pulang lah Liz....mereka menanti dengan penuh kegembiraan.Pulang lah....pulang lah...pulang lah...

Sabtu, 5 Mac 2011

Kuning oh kuning....

3/3/2011...tiba masa doktor bagitau saya boleh bawa pulang orang orang yang aku sayangi.dengan perasaan gembira aku bawa pulang kerumah.setiba dirumah aku lihat sanak saudara datang menyambut orang baru...sekali lagi aku terharu...aku ucapkan terimakasih yang tak hingga.Jaga baby ni bukan perkara yang nampak mudah,semuanya memerlukan kesabaran yang tinggi..mana tak nya,bila baby menangis meraung melalak sakit juge telinga...demi bby ditunggu selama ini kena bersabar merawat dengan teliti.Dalam dok jaga jaga pun sikuning ni pun mai...alamak....jawabnya ulang alek ler aku kesepital.nak macamana demi kesihatan yang terbaik aku dengar nasihat nasihat doktor.
Weeii...bukan senang ler nak jaga dan besar seorang anak,tapi bila dah besar jangan lak lupa jasa dan pengorbanan papa dan mama.
Tanpa papa dan mama siapa lah kau......[anak]. 

Jumaat, 4 Mac 2011

Pengalaman aku di labour room....

Semua orang mungkin ada pengalaman di labour room..tapi yg berkenaan sajer ler..yg tak berkenaan minta maaf ler memang tak akan berpeluang langsung...melainkan anda seorang student perubatan di bahagian labour room[tempat bersalin..bukan salin baju,tapi melahirkan baby].ada juge yg takut lihat isteri bersalin,konon2 dizzy atau mabuk darah,tak berani dan macam macam lagi...kalau boleh tak mau tengok isteri bersalin wal hal itu permintaan isteri...nasib ler ko...
tapi bagi aku tak...aku beranikan diri untuk menghadapi semua itu,dan anggap macam perkara biasa jer..tapi dalam hati hanya tuhan jer yang tau.. maklum ler isteri melahirkan anak sulung,
Degap degup jantung aku...eeee memang laju lihat perubahan pada riak muka isteri yg sakit,aku tengok staff nurse doktor pakar dah sedia untuk conduct isteri aku melahirkan anak yang sulung....tambah debar lagi jantung perasaan,terbayang menerawang diruang otak fikiran aku...rasa ngeri...seram...tak terkata..maklumlah ini pengalaman aku yg pertama kali menemani isteri dalam labour room.Bisikan demi bisikan aku salurkan kepada isteri aku.supaya kuatkan semangat demi menghadapi saat yang genting.Kalimah ayat suci alquran aku suruh isteri ucapkan,dengan kegagahan isteri aku,meneran sekuat hati dan tarikkan nafas yang teratur,maka lahir lah seorang insan baru ke dunia...dan laungan yang pertama aku dengar adalah suara tangisan baby...aku terharu tak semena mena airmataku menitis kegembiraan dan bersyukur pada allah atas pemberian pada aku seorang anak lelaki.Yang mana telah aku idam...sebagai pewaris aku......
Tak payah lah aku ceritakan detik detik seram bila aku lihat semua pergerakan baby nak keluar...tst ler.
Aku kucup dahi isteri yang tersayang dan ucapkan terimakasih lahirkan baby lelaki.Dan aku ''azankan'' pada baby aku.Aku puas dan inilah pengalaman yang takkan aku lupakan sampai bila bila.
Untuk para suami suami...jgn takut atau malu malu bila isteri minta untuk ditemani di bilik labour room kerana disitu tidak ada perasaan malu atau sebagainya...kerna ia adalah perkara biasa dan menuntut pada kesabaran.Ajal maut itu kerja Allah.
Kita hanya berdoa moga semua di permudahkan.Terimakasih pada Allah.

Rabu, 2 Mac 2011

Banyak lak cerita nak aku paparkan....

Wah...lama benar aku tak belek aku tak cara kat laptop aku ni...maklum ler minggu ni aku sibuk ngan wife yg nak bersalin di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu,Trg.
Selama 8 hari aku berkelana di Parking KFC dan bermalam di hotel Pat Taya Avanza Gold.
[pat taya...empat tayar]jgn disalah anggap okey.aku memang tak miss,pd setiap masa utk menziarahi wife di Wad 2 katil no 9 kelas dua.
itu jer yg aku mampu...demi orang yg aku sayangi,lihat pada sengsara wife,aku jadi tak tahan tanpa aku sedar airmata aku turut menitis...itulah aku yg berjiwa sensitif.memang dari dulu dan kini aku macam ne.tak sanggup lihat penderitaan org.
Tambah2 lihat insan yg aku sayang jd mcm tu.Aku hanya boleh kata bersabar dan tahan sakit,kerna ini semua bersifat sementara,dan allah sedang menguji akan hambanye...pohon pada allah agar diringankan bebanan derita sakit dari berpanjangan,Hari demi aku berdoa pd allah,moga di permudahkan isteri aku melahirkan anak yang sulung.Sebelum ini aku tak pernah dok lama di sepital jaga org sakit...paling2 pun sehari dua jer..hai nak wat macam mana dah kewajipan kena tunggu juge ler...kata orang berani buat berani tanggung ler....Bukan aku ajer yg menjaga isteri dalm wad,ada yg lain juge..masing2 muka jerut jer..ialah mana sanggup tengok isteri ngerang sakit..Pada yg diluar tu bercinta memang seronok dan mengasyikkan macam2 janji leh buat,tiba masuk wad pakat pakat geleng kepala..maklumlah sibuk dengan keja konon...apa pun terpulang individu masing masing.Aku tetap dengan cara aku demi menjaga hati perasaan yang aku sayangi,waktu suka sama sama..waktu sakit mesti lalui sama sama.Itu ler sayang nama nya.Sedikit sebanyak dapat meringgankan beban sakit isteri.