Ahad, 20 Jun 2010

''Benarkah tinggi saham mat bangla?..........

Perggh....aku nganga mulut bukan nak makan tapi ternganga baca akhbar Sinaran Harian 20/6/2010 muka depan bila dah abis wat tugasan ronda Mpv kawasan tanggungjawab,Dalam berita tu nama mat bangla dikenali dengan nama ''Hanif''[mungkin ia ni handsome macam shrukh khan kot atau mana hero hindustan] yang mengaku bahawa ramai awek-awek ganu ni mudah ditewaskan dan cair melutut kat mat bangla ni,huhh....hebat sungguh ler tak payah sibuk-sibuk nak cari minyak palit atau tok moh semata-mata nak pikat awek yang berkenan dihati,Aku naik heran kat awek-awek melayu zaman ni cara pemilihan teman dah berubah selera.....Aku tak tahu mana-mana peginya hero-hero malaysia,macam dah tak bernilai dimata awek-awek sekarang ni entah mana silapnya......mungkin juga hero-hero kita ler ni tak pandai merayu romantik,tapi yang nyata,hero-hero kita ramai yang lalok tak ada arah tuju.Aku jadi sakit hati bila ia[hanif]kata saham mat bangla tinggi dan jadi perhatian awek-awek melayu masa kini..eeeii geram nya.Apakah pengaruh dari filem-filem hindi yang berselerak di negara kita kot..............................................
Membuat awek-awek ni ubah selera dan mudah dirayu belai oleh mat bangla...Celek ler wahai awek-awek suci murni jangan jadaikan diri demi mengundang sekelumit cinta yang belum tentu memberi sebuah kehidupan yang sempurna,Dalam negera kita dulu dan banyak cerita-cerita skandal awek kita terjerat dan dijerat,mengapa tak mengambil perhatian....jangan di hampakan harapan ibu dan bapa demi melihat kebahagian,Aku sedih dan geram,tercabar kejantanan membiarkan mat bangka membuli awek-awek kita dalam perangkap pujuk rayu.
Bangun lah wahai awek-awek melayu jangan jadi hamba cinta plastik mat bangla.
Dan jangan bangga jadi kekasih mat bangla ibarat ''kekasih gelapmu'' hehehehehehe...........

Sabtu, 19 Jun 2010

Pencuri...oh...pencuri...

Lahabau punya pencuri....dalam dok diam dia kebas lak motosikal kat Rkr Tok Randok Ajil .Orang dok sibuk nonton siaran langsung piala dunia,pencuri dah" tenang" motor mana nak kebas.......aku tak tahu sama ada motor yang kena kebas tu kunci atau tak....tapi dah dasar pencuri tak kira dah,kunci atau tak,ia ada peluang kebas selalu,aku dan puak-puak aku pun berkeliaran mencari maklumat sape kaki curi motor,pasal yang dok ada pun dok dalam penjara lagi....hah....mungkin ni set-set baru kot buat ujian pencurian,nak tengok teror mana dan banyak mana ia boleh kebas......Aku punya agakkan set-set ni mungkin set taik ubat,taik air ketum anak beranak mak teh[heroin] dapat kebas motor perelai satu-satu pi jual kat mat rempit...bila permintaan laju banyak lah motor yang dikebas....motor yang digilai seperti;-
1.Honda EX5[pilihan utama dan banyak yang dikebas]
2.Yamaha 125/135/RXZ dan sewaktu dengannya.
3.Honda c70 jatuh nombor tiga ler dalam kes dikebas.
4.Yamaha lagenda buat ler ni kurang yang dikebas mungkin permintaan kurang.
5.Kriss jarang-jarang dikebas.
Aku berharap tuan-tuan punya motor kenalah perihatin lebih supaya motor tak dikebas oleh pencuri lahabau....[bukan nama ia lahabau]pasanglah kunci-kunci yang efisen agar pencuri ni berputih mata dan kita gelak kat ia......heheheheheheheheh.........

Jumaat, 18 Jun 2010

Seronoknya ari ni.....

Wooo......pagi 18/6/2010 hari malam jumaat keluar tugas bersama rakan aku setugas cik Sahumi dari jam 0001 hrs hingga jam 0800 hrs,aku meluncurkan kenderaan pasukan No.WNR 124,yang penuh minyak setangki melakukan misi rondaan pencegahan jenayah seluruh kawasan tanggungjawab kami,aku meronda taman ketaman,jalan-jalan tikus dan celahan bangunan serta kampong ke kampong demi memastikan tiada kegiatan segelintir insan-insan yang tak leh nak tidur dok memikirkan harta orang lain nak jadi hak milik tanpa kerelaan,asalkan benda yang berharga,dengan jalan mudah pecah umah ker dan lain-lain lagi..asalkan dapat dengan cara sekali pun.Aku juga berterima kasih dengan unit kawalan kampong yang mana sama-sama mencegah jenayah diwaktu malamhari,terima kasih sekali lagi ku ucapkan.Tapi pada malam ni keadaan jalan raya agak lengang sikit mungkin malam ni jumaat atau mungkin penghuni-penghuni di Hulu Terengganu ni dok layan Tv tengok siaran langsung Bolasepak Piala Dunia kot,yang dok sibuk kat jalan tak lain tak bukan geng lembu,geng kerbau dan sekawan babi utan,kadang-kadang buat aku terkejut,tiba-tiba muncul dikiri dan dikanan jalan,aku selalu waspada jika tidak terima padahnya.Dari Kuala Berang aku meronda hingga kesempadan Setiu/Kuala Berang dan sempadan Dungun/Kuala Berang,selain ronda dikawasan yang diarahkan oleh Bilek Gerakan.Aku seronok bila tiada apa-apa kejadian buruk berlaku.......pada ari ni, tapi....esok tak tahu apa yang akan berlaku.....namun tetap aku akan hadapi dengan ketabahan....

Khamis, 17 Jun 2010

jumpe kawan....

Pagi ne kol 10.00 pagi 17/6/10 aku kuar umah pi balai jap sebab ada kes 376 kk anak kawan aku kat Jerangau barat[JB]ia nak tahu kedudukan perkara.Hai macam-macamlah budak remaja kita masa kini tak puas-puas menyusahkan mak ayah dengan pekara yang diluar dugaan,hanya kesabaran mak ayah demi menghadapi semua ini.Dalam celah-celah tu aku teringat nak baiki spek aku yang tak berapa ok kat kedai cermin mata fakrul kuala berang,tu kedai yang kerap aku kunjungi bila aku tak keja,sajer bual-bual kosong,kekadang aku pi juge dengan wife,kerana mereka ini adalah kawan-kawan baik wife aku,jangan ingat apa-aper tau...aku tak ada fair dengan dia orang.Minggu sudah Yah budak Pulau Kudat,Kuala Berang selamat di ijab kabul dengan pemuda pilihannya jejaka dari Felda bukit Bading,aku dan wife tak dapat hadir kerana kesibukan kerja dan ko orang tau lah waktu tu ramai ngat majlis kenduri,sampai aku dapat sakit perut.Pada Yah,aku dan wife mohon maaf yea kerana tak datang makan nasik minyak ko itu.Aku dan wife ucapkan selamat pengantin baru moga kekal bahagia dunia dan akhirat.Dalam masa tu aku ada juga tanya kat Nah....bila nak jadi permaisuri sehari?ia senyum-senyum...katanya" takde calon lagi" suruh ler mak ayah cari calon....kerana ko makin gebu...hehehehe.....aku ngusik,jangan marah yea...nanti nampak......tst....senyum sokmo yea.
Jodoh ko Nah tak kemana...semua terpulang pada ko jer...pilih lah yang sesuai,lagi pun dah lama ko membujang dont waste your time.....dan tak lupe untuk Dek Yatt.....ko belajar ler lagi cos ko maseh muda lagi perjalanan kearah kegemilangan sedang menunggu...apa pun goodluck 4 u all..........dan senda gurau adalah kecerian kehidupan...Jumpe lagi..

Rabu, 16 Jun 2010

Penyamun...jahanam...


Dua tiga ari yang lalu beberapa kegiatan penyamun mula bermaharajalela dikawasan hulu terengganu,kebetulan lak pada pagi tu aku meronda jam 0001 hrs hingga 0800 hrs.
Kejadian yang pertama ada cubaan samun di kilang papan asrama raya bkt diman ajil.
kebetulan pada masa itu aku berada dikawasn Ajil,apabila aku dapat maklumat dari bilek gerakan,aku dan partner berkejar kesitu.aku pun buat pemeriksaan di sekeliling kilang papan manalah tau kot kot penyamun tu masih ada,tapi nyata dah dah lari tak cukup tanah mungkin terlihat lampu biru keta aku tadi kot.tanya punya tanya mengikut kata ''jaga'' penyamun tu orang vietnam,
Cerita yang kedua pada keesokkan pagi lak.waktu tu dan jam 4 pagi.aku terima panggilan dari gerakan,ada kejadian samun kat kampung tajin kuala berang,tanpa buang masa aku pun bergegas kekampung tajin,lagi pun aku kenal dengan orang yang jadi mangsa samun tu....
Rupanya penyamun tu masuk umah dengan membengkokkan cermin nako,gitulah kalau dah penyamun dengan cara aper pun tak kira,asalkan hasrat tercapai....
Dalam insiden ini,tuan rumah telah disamun wang ringgit dan kereta 4wD dilarikan penyamun jahanam......{4 jahaman} Tapi kegembiran penyamun tak lama.....dapat ditangkap dikawasan pahang bersama dengan 4WD yang dilarikan...itulah kehebatan PDRM dapat memberkas penyamun itu...padan muka penyamun.....geram pada penyamun puashati pada kejayaan PDRM....itulah nasib penyamun mat indon..bermalam dihotel jeriji.Dan untuk penyamun Mat Vietnam tak lama lagi akan menyusul ke hotel jeriji Pdrm....

Sabtu, 12 Jun 2010

Remaja oh....remaja......


Kelmarin petang macam biasa aku keluar tugas meronda kawasan kuala berang dan sewaktu dengan nya...aku lihat beberapa anak remaja menunggang motorsikal dengan membonceng awek-awek.....itu aku tak jadi hal ler,tapi aku tak suka bila remaja-remaja ni menunggang dengan cara bahaya cilok sana cilok sini nak tunjuk teror sesama sendiri,tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalanraya yang lain lak,tak pikir ker ia bawa anak dara orang,tak pikir ker kalau terjadi apa-apa seperti kemalangan.....sia-sia jer makayah bela dah besar masih lagi nyusahkan mereka........
Aku tak tau adakah remeja-remaja ni ada belajo sivik kat sekolah dulu...atau sajer-sajer nak lepas hawa berlumba seolah-olah jalanraya adalah tempat permainan macam kat taman awam gamaknya.Ngaper lah puak-puak ni tak mengahargai kehidupan dan menjaga nyawa sendiri....
semata-mata mahu melunaskan kemahuan dalam mencari hiburan bahaya.....///

Jumaat, 11 Jun 2010

Sana sini kenduri kawin weh............


Aku ada banyak jemputan makan kenduri,maklumlah cuti sekolah telah bermula maka berlumba-lumbalah ibubapa mengawinkan anak-anak yang nak berlaki dan berbini..hehehe..... Tapi aku sedih juga sebab aku tak dapat pulang kampung minggu lepas kemajlis kenduri sanak sedara aku tu..aku tak leh nak cuti nak wat macam mana.harap-harap orang kampung faham. Ari ne 11/6/2010 kol 10 pagi aku dan wife pi kemajlis kenduri kawan aku keluarga cina di Kampung Bujuk dekat dengan sekolah keb Banggol Katong,Serada Terengganu.Dalam perjalananku ke tempat majlis kenduri tu,aku lihat banyak kanopi majlis kenduri kawin,wah macam raya lak rasanya dengan suasana orang ramai yang datang berkunjung majlis kenduri,kereta bersusun pakir tepi jalan dan kon polis jadi sasaran ditengah jalan untuk perlahankan kenderaan tak kurang juga dengan bunga manggar yang dicacakkan berserta dengan tanda pandu arah nama pengantin samaada lelaki atau perempuan semata-mata agar tetamu yang datang tidak tersesat jalan gitu lah gamaknya dalam meraikan majlis kenduri kawin.
Bila aku dan wife sampai kat umah Aseng,wah.......dah ramai orang datang,nampak memang meriah,orang melayu dan cina sama ramainya,mungkin yang dikatakan Satu Malaysia yang berjiwa nasional.seronok lak aku rasa,sebab kat tempat asal ku,jarang cina kenduri panggil orang kampung,tapi kat sini percampuran dah lain,loghat mereka pun dah macam orang melayu telo pun dah jauh beza.Kat situ pun aku jupe ramai saing2 kuala berang memeriahkan majlis kenduri Aseng[Aseng ni ada carwash dikuala berang]jadi ramailah kawan dan pelanggan ia datang kemajlis kendurinya.Mula aku bimbang juga nak makan tapi aku lega kerana yang masak adalah orang melayu jiran Aseng yang memasak,dan yang jadi penanggah{bewoh}adalah jiran-jiran ia belaka.memang harmoni lah.aku suka suasananya.Lauk pauk yang ada sama macam kenduri orang melayu juga.Selesai aku makan.aku pun jupe tuan rumah untuk minta diri,bagi aku ini adalah pengalaman aku yang pertama kali hadir kemajlis kenduri yang sebegini rupa,aku puas.Pada mu Aseng terima kasih kerana jemput aku kemajlis kenduri.[Ganbar yang dok ada tu,gambar aku dengan wife....tahun 2006 yg lalu....]

Ahad, 6 Jun 2010

Rusuhan kat Depoh Imigresen Ajil....

Kol 2330 hrs 6/6/10 waktu aku bersiap2 nak pi kat opis,aku terima panggilan telepon dari incas aku yg hensem lagi manis ada,kabo kat aku,kuar tugas awal kerana ada rusuhan kat depoh tahanan imigresen ajil h/trg,aku pun apa lagi bergegas dan ambil kelengkapan.Dengan memandu kenderaan pasukan WNR 124,aku memecut ke depoh tahanan imigresen ajil,dalam hati bimbang juga kot2 terjadi perkara yang jarang aku lalui.....maklumlah orang tahanan merusuh,teringat aku peristiwa tahanan merusuh diSelangor beberapa tahun yang lalu,aku tak ingat tahun nya,tapi ramai juga anggota polis yang cedera dalam meleraikan rusuhan itu.Berbekalkan semangat dalam diri serta komitmen pada pasukan,aku hadapi jua walau apa yang akan terjadi.Sampai jer kat situ aku tengok kereta dan orang ramai dihadapan pintu besar depoh tahanan ajil,aku rasa lega kerana dah terdapat pasukan bantuan seperti Rela,Bomba dan anggota polis yang terlebih dahulu sampai,aku difaham oleh rakan setugasan pada malam tu,kejadian berlaku pada jam 9.30 mlm,dan bila nampak ketegangan barulah pihak depoh memohon bantuan pihak polis,rela,bomba.Keadaan kat situ dah mula tenang dengan rundingan pihak polis serta imigresen kepada perusuh2 tersebut[vietnam dan myanmar].Hasil kebijaksanan pihak polis dan imigresen keadaan dapat diselesaikan dengan terbaik.lebih kurang kol 12.30 mlm susana tenang dan tiada lagi kedengaran jeritan protes.aku dan yang lain lain masih lagi berkawalan mana tau kot kot terjadi lagi rusuhan,kerana puak -puak ni bukan boleh harap. kejap baik kejap merusuh,yelah mana ada orang suka kena kurung lama lama..kalau boleh nak cepat hantar balek kenegara masing- masing,Jam kat tangan dah kol 3 pagi,aku dapat arahan daripada pegawai atas bersurai,dan jalankan tugas rutin seterusnya....................

Sabtu, 5 Jun 2010

Pagi yang cerah...

Wah...pagi ni nampak cerah sekali jam ditangan dah pukul 9.30 pagi hari sabtu 5/6/2010....aku pun bersiap2 nak kuar pekan koberang cari sesuatu kerana ari ni ada pasar sehari dan tentu ramai pengunjung yang datang maklumlah ari cuti,tapi alamak..........bila aku nak hidupkan motor,aku terlihat tayar belakang dah tak ada angin...hai.....boring juge bila nak guna motor tayar pancat.......aku pun belek2 tayar rupanya terkena paku,wehh..apalah nasib malang ni,tapi control hensem kos wife aku sipu2 tgk aku belek2 tayar motor.
Tanpa buang masa aku naik jer motor tu,ramai lak saing2 tanya kenape? aku kata tayar pancat,jauh juga aku pi kat kedai motor hampir sekilo.sabar jer lah.
Sudah siap baiki motor aku pun meluncur kepekan koberang dan bertemu dengan abg din senjata,cik mat sekayu serta mekNa[keja MTD]join minum air sambil berbual hal2 semasa.
Entah macam mana abg din senjata tanya mekna...jadi ke nak pi Dubai jupe buahati yang dikenal melalui internet.....mekna kata mungkin jadi ikutkan hati sambil pantun lagi....nasi lemak buah bidara,sayang selasih aku lurutkan,tinggal sedara tinggal kawan kerna kasih aku turutkan,aku gelak juga pagi2 hari cerah ni nak main pantun lak hehehehe........
dalam masa tu juge cik mat sekayu nasihatkan pada mekna supaya batalkan niat nak pi Dubai....sebab dah ramai wanita malaysia yang kena dan tertipu oleh benda2 yang dijanjikan semata-mata ada agenda yang lain,dalam akhbar dah banyak cerita dan pendedahan dimana wanita malaysia ditipu beratus ribu ringgit.aku mengiyakan akan keterangan cik mat sekayu tu,abg din senjata pun menyokong supaya mekna tak pi Dubai..
hanya mencari seseorang yang belum pasti,umpama meraba dalam kegelapan tapi bukan sibuta kehilangan tongkat.Aku kabo kat mekna masih ramai lagi insan2 dimalaysia ni tak payah pi jauh2 pada sesuatu yang belum pasti....Ingat jangan ditipu semasa kita sedar.
Kerana perjalanan masih jauh dan boleh diwarnai dengan warna2 yang jelas serta terang.
Weh.....Mekna....berfikirlah sewajarnya jangan ikutkan hati dan perasaan ok..

Jumaat, 4 Jun 2010

kelapangan masa yang terluang


Hari ini 4/6/10 lepas sembahyang jumaat aku dan wife pergi ke bandar Ganu kerna ada kelapangan masa yang terluang gunakan sebaik mungkin,maklumlah kami dah lama tak pi bandar ganu meronda ronda kawasan sekitar.
Memang ramai manusia berlibur dibandar ganu nampak tua muda kecik besar berkeliaran,kereta motor bersimpang siur,melata kat atas jalanraya..weh...memang sibuk dan meriah.
Aku lihat kat mydin parking melimpah ruah mungkin esok cuti keputeraan DYMM Agung,ramailah meluangkan masa bersantai kebandar dgn keluarga,tak kurang juga dgn parking kat giant penuh juga{selalu lengang).
Puas aku dan wife berlegar2 kat situ,aku terus pi kat dataran Shahbandar Ganu,wah..ada expo dan berbagai permainan,kat situ pun manusia ramai,mai mana pun aku tak tahu ler....tapi yang untung geng peniaga ler...tak menang melayan pelanggan...gitulah makmurnya banda ganu.
Aku teruskan meronda ronda bandar ganu,singgah kejap kat pantai batu buruk,
Laa ada konvoi jelajah Sukma Ganu lak benti kat Astaka,dengan geng penunggang motor besar dan geng skuter naza bergabung,tak cukup dengan itu set kebudayaan pun ada buat persembahan meraikan suasana.
Nampak gempak lagi bila geng motor besar naik atas pentas menari poco2...
Dalam masa tu aku lihat beberapa pengusha kuda berkeliaran dipantai batu buruk,sape2 yang teringin naik kuda pi kat abg kuda...bayar naik jer....
Aku nak naik kuda tapi aku malu,simpan jer lah niat aku nak naik kuda.tapi suatu hari nanti aku akan naik juge.....
OK jumpa lagi.....

Khamis, 3 Jun 2010

perjalanan diteruskan.....

Pada 3/6/2010 aku keluar bertugas dengan kpl Roslan, membuat tugasan meronda kawasan pentadbiran daerah Hulu Terengganu bermula jam 1600 hrs sehingga 0001 hrs. Dengan memandu kenderaan pasukan WNR 124, aku pun memulakan tugasan yang dipertanggungjawabkan demi keselamatan daerah kami.Waktu itu hujan lebat turun dan angin bertiup kuat, setibanya aku di jalan kampung tajin kuala berang, aku dapati pohon pokok getah telah patah dan menghalang separuh jalan raya, dengan segera Kpl Roslan memaklumkan kepada bilik gerakan untuk tindakan pihak JKR dan TELEKOM. Dalam menanti bantuan datang, aku dan kpl roslan pun ambil tindakan memotong dahan dan ranting yang menghalang jalan tersebut, demi untuk mengelakan sebarang kejadian kemalanagan, setelah selesai memotong dahan dan ranting selesai, kami pun terus sambung tugas meronda....
Pada jam lebih kurang 7 petang,kami terima arahan daripada bilik gerakan IPD H/Trg supaya cari pewaris kemalangan maut jalanraya di Setiu, aku dan kpl roslan pun pergi mencari di kampung Tengkawang, sesampai disana kpl roslan memaklumkan perkara itu kepada keluarga tersebut, aku nampak pewaris itu kelam kabut untuk ke Setiu.
Aku dan kpl roslan meneruskan perjalanan tugasan yang belum selesai.
Jam lebih kurang 10.45 mlm 3/6/2010 semasa aku meronda dan sampai di kampung tok randok ajil, aku nampak orang ramai ditepi jalan dan ada beberapa buah m/sikal ditengah jalan raya, kami pun turun dan memeriksa keadaan disitu, aku dapati ada kemalangan maut, aku periksa dua remaja cedera parah dan seorang lagi telah meninggal dunia ditempat kejadian, kpl roslan terus menghubungi bilik gerakan IPD H/Trg memaklumkan kejadian tersebut. Aku lihat darah merah diatas jalan dimana remaja itu jatuh...memang ngeri..maklumlah aku dah lama tak tengok darah yang banyak diatas jalan,
Aku tak tahu apa punca kemalangan itu boleh berlaku...itu semua serah pada pegawai yang menyiasat......
Aku dengan kpl roslan mengawal lalulintas, sehingga ambulans sampai untuk membawa mangsa kemalangan ke hospital,.........
Lebih kurang 0030 hrs aku dan kpl roslan selesai kawal lalulintas dengan jayanya.....
Aku bangga dapat memberi perkhidmatan pada masyarakat walau pun kekadang aku dan pasukan di cemuh dan dihina oleh perkara-perkara yang tidak puashati oleh mereka. Itulah cabaran yang perlu aku lalui dalam setiap perjalanan ini....
Esok perjalanan masih jauh lagi dan tidak menjanjikan apa-apa pada aku.....hanya Allah yang tahu..