Ahad, 6 Jun 2010

Rusuhan kat Depoh Imigresen Ajil....

Kol 2330 hrs 6/6/10 waktu aku bersiap2 nak pi kat opis,aku terima panggilan telepon dari incas aku yg hensem lagi manis ada,kabo kat aku,kuar tugas awal kerana ada rusuhan kat depoh tahanan imigresen ajil h/trg,aku pun apa lagi bergegas dan ambil kelengkapan.Dengan memandu kenderaan pasukan WNR 124,aku memecut ke depoh tahanan imigresen ajil,dalam hati bimbang juga kot2 terjadi perkara yang jarang aku lalui.....maklumlah orang tahanan merusuh,teringat aku peristiwa tahanan merusuh diSelangor beberapa tahun yang lalu,aku tak ingat tahun nya,tapi ramai juga anggota polis yang cedera dalam meleraikan rusuhan itu.Berbekalkan semangat dalam diri serta komitmen pada pasukan,aku hadapi jua walau apa yang akan terjadi.Sampai jer kat situ aku tengok kereta dan orang ramai dihadapan pintu besar depoh tahanan ajil,aku rasa lega kerana dah terdapat pasukan bantuan seperti Rela,Bomba dan anggota polis yang terlebih dahulu sampai,aku difaham oleh rakan setugasan pada malam tu,kejadian berlaku pada jam 9.30 mlm,dan bila nampak ketegangan barulah pihak depoh memohon bantuan pihak polis,rela,bomba.Keadaan kat situ dah mula tenang dengan rundingan pihak polis serta imigresen kepada perusuh2 tersebut[vietnam dan myanmar].Hasil kebijaksanan pihak polis dan imigresen keadaan dapat diselesaikan dengan terbaik.lebih kurang kol 12.30 mlm susana tenang dan tiada lagi kedengaran jeritan protes.aku dan yang lain lain masih lagi berkawalan mana tau kot kot terjadi lagi rusuhan,kerana puak -puak ni bukan boleh harap. kejap baik kejap merusuh,yelah mana ada orang suka kena kurung lama lama..kalau boleh nak cepat hantar balek kenegara masing- masing,Jam kat tangan dah kol 3 pagi,aku dapat arahan daripada pegawai atas bersurai,dan jalankan tugas rutin seterusnya....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan