Jumaat, 4 Jun 2010

kelapangan masa yang terluang


Hari ini 4/6/10 lepas sembahyang jumaat aku dan wife pergi ke bandar Ganu kerna ada kelapangan masa yang terluang gunakan sebaik mungkin,maklumlah kami dah lama tak pi bandar ganu meronda ronda kawasan sekitar.
Memang ramai manusia berlibur dibandar ganu nampak tua muda kecik besar berkeliaran,kereta motor bersimpang siur,melata kat atas jalanraya..weh...memang sibuk dan meriah.
Aku lihat kat mydin parking melimpah ruah mungkin esok cuti keputeraan DYMM Agung,ramailah meluangkan masa bersantai kebandar dgn keluarga,tak kurang juga dgn parking kat giant penuh juga{selalu lengang).
Puas aku dan wife berlegar2 kat situ,aku terus pi kat dataran Shahbandar Ganu,wah..ada expo dan berbagai permainan,kat situ pun manusia ramai,mai mana pun aku tak tahu ler....tapi yang untung geng peniaga ler...tak menang melayan pelanggan...gitulah makmurnya banda ganu.
Aku teruskan meronda ronda bandar ganu,singgah kejap kat pantai batu buruk,
Laa ada konvoi jelajah Sukma Ganu lak benti kat Astaka,dengan geng penunggang motor besar dan geng skuter naza bergabung,tak cukup dengan itu set kebudayaan pun ada buat persembahan meraikan suasana.
Nampak gempak lagi bila geng motor besar naik atas pentas menari poco2...
Dalam masa tu aku lihat beberapa pengusha kuda berkeliaran dipantai batu buruk,sape2 yang teringin naik kuda pi kat abg kuda...bayar naik jer....
Aku nak naik kuda tapi aku malu,simpan jer lah niat aku nak naik kuda.tapi suatu hari nanti aku akan naik juge.....
OK jumpa lagi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan