Sabtu, 20 November 2010

main kuda...suka kuda..[pil kuda]

Salam......
beberapa hari yang aku ada tangkap seorang lelaki melayu masih muda...segak bergaya..umur 20 an...tapi sayang seribu kali sayang....ia dah jadi peminat "KUDA"....dari katabual aku dengan ia......
Ia sudah menjadi hamba kuda sejak tiga tahun yang lalu...cuma masa tu,ia cekap dan licik..selalu dapat meloloskan diri bila ada operasi...tapi akhirnya kena cekup juga....Aku tanya macamana bolih terlibat dengan penagihan pil kuda??..Adakah ada masaalah dengan keluarga..ia bagitahu takder masaalah dengan keluarga..tapi hanya ikut kawan kawan dan cuba2..benda baru..lama lama jadi sonok...dan ada juga ia nak benti tak mau main pil kuda,tapi bila tengok kawan2 tunjuk benda tu..dengan tiba2 semangat untuk mahu datang....bila dah kena hilang lak sakit2 dalam tubuh badan...katanya lagi bila dah kena bolih tahan 3 atau 4 hari....pastu mula nak  lagi...menurutnya harga pil kuda dalam rm25 pada hari biasa...dan naik mencecah hingga rm35..rm40..rm50...bila mana barang sukar untuk diperolihi maka geng pengedar[tokan]samada yg besar atau kecil mencari keuntungan berlipat ganda.
kalau nak kira ambil kat belah siam harga hanya rm15 jer...memang kaya mendadak ler si tokan tokan ni....kerjanya nak merosakkan anak bangsa sendiri....malang sungguh anak bangsa kita memilih jalan yang penuh sengsara dan menyusahkan keluarga dan negara.Seingat aku...waktu aku remaja penyalahgunaan dadah adalah amat sikit..tak macam sekarang ni....amat menakutkan....tahun 2020 dah dekat..tapi belia remaja masakini masih lagi tak sedar diri..............
Lokap polis...Penjara.....Pusat pemulihan....dah penuh dengan mereka mereka ini[penagih dan pengedar dadah durjana]........
Jangan salahkan keluarga bila anda terlibat dengan dadah....tapi salahkan diri sendiri...kerana mungkin anda tersalah pilih kawan.........ingat dadah tak kenal mangsa......................................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan