Khamis, 3 Jun 2010

perjalanan diteruskan.....

Pada 3/6/2010 aku keluar bertugas dengan kpl Roslan, membuat tugasan meronda kawasan pentadbiran daerah Hulu Terengganu bermula jam 1600 hrs sehingga 0001 hrs. Dengan memandu kenderaan pasukan WNR 124, aku pun memulakan tugasan yang dipertanggungjawabkan demi keselamatan daerah kami.Waktu itu hujan lebat turun dan angin bertiup kuat, setibanya aku di jalan kampung tajin kuala berang, aku dapati pohon pokok getah telah patah dan menghalang separuh jalan raya, dengan segera Kpl Roslan memaklumkan kepada bilik gerakan untuk tindakan pihak JKR dan TELEKOM. Dalam menanti bantuan datang, aku dan kpl roslan pun ambil tindakan memotong dahan dan ranting yang menghalang jalan tersebut, demi untuk mengelakan sebarang kejadian kemalanagan, setelah selesai memotong dahan dan ranting selesai, kami pun terus sambung tugas meronda....
Pada jam lebih kurang 7 petang,kami terima arahan daripada bilik gerakan IPD H/Trg supaya cari pewaris kemalangan maut jalanraya di Setiu, aku dan kpl roslan pun pergi mencari di kampung Tengkawang, sesampai disana kpl roslan memaklumkan perkara itu kepada keluarga tersebut, aku nampak pewaris itu kelam kabut untuk ke Setiu.
Aku dan kpl roslan meneruskan perjalanan tugasan yang belum selesai.
Jam lebih kurang 10.45 mlm 3/6/2010 semasa aku meronda dan sampai di kampung tok randok ajil, aku nampak orang ramai ditepi jalan dan ada beberapa buah m/sikal ditengah jalan raya, kami pun turun dan memeriksa keadaan disitu, aku dapati ada kemalangan maut, aku periksa dua remaja cedera parah dan seorang lagi telah meninggal dunia ditempat kejadian, kpl roslan terus menghubungi bilik gerakan IPD H/Trg memaklumkan kejadian tersebut. Aku lihat darah merah diatas jalan dimana remaja itu jatuh...memang ngeri..maklumlah aku dah lama tak tengok darah yang banyak diatas jalan,
Aku tak tahu apa punca kemalangan itu boleh berlaku...itu semua serah pada pegawai yang menyiasat......
Aku dengan kpl roslan mengawal lalulintas, sehingga ambulans sampai untuk membawa mangsa kemalangan ke hospital,.........
Lebih kurang 0030 hrs aku dan kpl roslan selesai kawal lalulintas dengan jayanya.....
Aku bangga dapat memberi perkhidmatan pada masyarakat walau pun kekadang aku dan pasukan di cemuh dan dihina oleh perkara-perkara yang tidak puashati oleh mereka. Itulah cabaran yang perlu aku lalui dalam setiap perjalanan ini....
Esok perjalanan masih jauh lagi dan tidak menjanjikan apa-apa pada aku.....hanya Allah yang tahu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan