Sabtu, 12 Mac 2011

Remaja bukan sekadar gurauan.....

Uughh.......budak remaja ler ni bertambah hebat bila atas jalan raya dengan motosikal kegilaan masakini,dimana mak ayah sanggup berkorban demi anak-anak.tapi makayah tak tahu apa aktiviti anak-anak bila dah dapat motor.....melaram sakan tak ingat jasa budi makayah,yang ingat syukurlah pada allah,gunakan motor sebaik mungkin.
Aku nak cerita segelintir puak-puak remaja yang suka merempit atau melepaskan hawa gian berlumba.......Kelmarin[Jumaat ari minggu di ganu] aku keluar patrol macam biasa,aku tengok sekumpulan anak remaja dengan motosikal pujaaan....kelihatan tiga atau empat penunggang bonceng awek...wah bukan main gah ler waktu itu,sewaktu melalui depan aku,nampak semacam jer lagaknya,aku dah agak budak remaja ni ada yang tak berlesen,bukan main ia cilok,tak ,macam tak ingat ia bonceng awek,kalau lah jatuh atau tergesel sesama saing kan buruk jadinya....tak pasal-pasal nak penuhkan katil sepital.Yang aku tak sukanya ia bonceng awek,awek tu anak orang,kalau jadi apa aper kat awek tu.....makayah deme juga yang susah,patah riuk ker,jatuh lak saham,tak laku lak.....makayah juga yang pusing.Aku pun tak tau lah apa nak jadi dengan remaja masakini banyak berlibur kepada keseronakan yang tak kenal erti sempadan dan tatasusila kepada norma-norma kehidupan.Aku pun pernah remaja tapi tak lah macam ni, aku ingat pesan makayah,cikgu2 dan hormat pada orang lebih dewasa......................
So tugas aku,mana-mana yang terkehel terjatuh merempit atau dihimpit.....aku kutip hantar kesepital jawabnya lah.....
Jangan ada makayah tuduh kami jadi penyebab remaja mat rempit ne jatuh atau hilang nyawa semasa dijalanraya,saya dan pasukan mahukan jalanraya tempat yang selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan