Jumaat, 4 Mac 2011

Pengalaman aku di labour room....

Semua orang mungkin ada pengalaman di labour room..tapi yg berkenaan sajer ler..yg tak berkenaan minta maaf ler memang tak akan berpeluang langsung...melainkan anda seorang student perubatan di bahagian labour room[tempat bersalin..bukan salin baju,tapi melahirkan baby].ada juge yg takut lihat isteri bersalin,konon2 dizzy atau mabuk darah,tak berani dan macam macam lagi...kalau boleh tak mau tengok isteri bersalin wal hal itu permintaan isteri...nasib ler ko...
tapi bagi aku tak...aku beranikan diri untuk menghadapi semua itu,dan anggap macam perkara biasa jer..tapi dalam hati hanya tuhan jer yang tau.. maklum ler isteri melahirkan anak sulung,
Degap degup jantung aku...eeee memang laju lihat perubahan pada riak muka isteri yg sakit,aku tengok staff nurse doktor pakar dah sedia untuk conduct isteri aku melahirkan anak yang sulung....tambah debar lagi jantung perasaan,terbayang menerawang diruang otak fikiran aku...rasa ngeri...seram...tak terkata..maklumlah ini pengalaman aku yg pertama kali menemani isteri dalam labour room.Bisikan demi bisikan aku salurkan kepada isteri aku.supaya kuatkan semangat demi menghadapi saat yang genting.Kalimah ayat suci alquran aku suruh isteri ucapkan,dengan kegagahan isteri aku,meneran sekuat hati dan tarikkan nafas yang teratur,maka lahir lah seorang insan baru ke dunia...dan laungan yang pertama aku dengar adalah suara tangisan baby...aku terharu tak semena mena airmataku menitis kegembiraan dan bersyukur pada allah atas pemberian pada aku seorang anak lelaki.Yang mana telah aku idam...sebagai pewaris aku......
Tak payah lah aku ceritakan detik detik seram bila aku lihat semua pergerakan baby nak keluar...tst ler.
Aku kucup dahi isteri yang tersayang dan ucapkan terimakasih lahirkan baby lelaki.Dan aku ''azankan'' pada baby aku.Aku puas dan inilah pengalaman yang takkan aku lupakan sampai bila bila.
Untuk para suami suami...jgn takut atau malu malu bila isteri minta untuk ditemani di bilik labour room kerana disitu tidak ada perasaan malu atau sebagainya...kerna ia adalah perkara biasa dan menuntut pada kesabaran.Ajal maut itu kerja Allah.
Kita hanya berdoa moga semua di permudahkan.Terimakasih pada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan