Ahad, 27 Mac 2011

aku bergelut dengan orang kurang siuman.......

Selepas aku solat gharib...aku bersama krew cik Roslan..terima arahan dari pihak DCC [district command center]Ipd H/trg...dimana mengarahkan kami berdua supaya menghala kekampung Kuala Kejil dimana ada kejadian seorang kurang siuman[org gila]mengamuk dirumahnye...kami bergegas kesana dengan harapan supaya tiada perkara yang lebih buruk berlaku....Dengan suasana ujan renyai renyai aku pandu M/kar peronda Wnr 124 menuju tempat yang dimaksud tadi,dan aku tahu dan kenal dengan org gila itu,kerna dah berkali kali aku tangkap sebelum ne...waktu aku dulu amat mudah,akan tetapi sejak kebelakangan ini org gila ne,bertindak lebih ganas.Kerana aku dimaklumkan dia ada membawa sebilah parang.Setibanya aku dan krew...memang betul,aku lihat dia memegang sebilah parang yang berbungkus dengan kain, dan dia mengurung diri bersama ibunya. dia meracau racau dah memang dia "org gila". keadaan tambah genting bila dia mengacah acah nak bunuh ibunya,apabila ibunya nak keluar dari bilik tu,orang kampung ramai yang datang melihat keadaan itu,semacam pesta lak..bukan mau tolong kami...mai pakat pakat tengok jer...nak wat macamana...aku dan cik roslan jakankan tugas dengan memujuk mujuk org gila itu dengan berbagai cara namun tak juga berjaya...suasana tambah genting lagi bila org gila nak tendang terajang ibunya...org tua itu[ibunye]meraung minta tolong,maka untuk tindakan lanjut cik roslan berhubung kembali dengan DCC meminta arahan selanjutnya....Dan arahan nya pecahkan pintu bilik untuk selamat org tua itu.Sebelum abang[abg pd org gila] pecahkan pintu bilik,terlebih dahulu cik roslan telah sembur dengan Spray Pepper kearah muka org gila itu.sewaktu dlm keadaan kelam kabut,aku turut terjah dalam berhati hati...kerna ditangan org gila itu ada parang yg berbalut kain,kami dapat keluarkan org tua itu dengan selamat.Ada lucu nya..sewaktu org gila itu terpinga pinga dalam kepedihan aku dengan cik roslan bergelut dengan org gila,dalam misi rampas parang,wah kuat juga kederat[tenaga]org gila ne walaupun nampak kecik.berhempas pulas kami berdua nak tumpaskan nya..akhirnya kami berjaya.Parang kami rampas...dan aku gari org gila tu....perrghhh...berpeluh juga aku
tapi aku lega..semua dah selamat.Pastu kami serah org gila tu pada anggota balai k/brg dan dibawa ke Sepital Hulu Terengganu untuk rawatan.Dalam masaalah ni,org gila degil tak mau makan ubat yang dibekalkan olih pihak sepital..itu lah maklumat yang dapat dari abangnya.Aku nak tanya banyak pun takut jadi cerita lain lak.Macam mana pun semua dah selesai.Tapi aku tahu...dia akan mengamuk lagi dimasa akan datang,bila ubat nya tak di makan.sbb per..dah berkali kali aku tangkappppppp.....cuma kali ne lain sikit cara menangkapnya.Demi tugas aku akan laksanakan demi memuaskan hati keluarganya supaya pasukan PDRM dipandang tinggi di sisi masyarakat...bukan hanya kata kata...
Aku nak ucapkan ''Selamat Hari Polis Ke 204"
moga aku lebih sukses dalam penugasan harian demi masyarakat amnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan