Jumaat, 25 Mac 2011

ngaper mesti begini akhirnya.....bunuh diri......???

Aku terpanggil untuk mempaparkan bagaimana segelintir insan bernama manusia ini terlalu singkat dalam mengambil sesuatu tindakan keputusan yang diluar batas batas norma kehidupan...jika hanya setakat putus cinta...dimana cinta dihalang olih keluarga.
Dan terus ambil tindakan dengan cuba membunuh diri dan berbagai bagai cara... seolah olah kehidupan tiada bermakna lagi....wehhh...dengar lah para remaja yang di luar sana..kehidupan adalah sesuatu yang indah dan unik...mengapa harus ditamatkan dengan cara yang terkutuk...umapamanya bunuh diri..dan lain lain lagi,tak payah aku nak ceritakan pada ko orang...sebab kau orang sendiri tau..kerna tiap hari kita di momokan dengan berita remaja dan juga manusia yang bunuh diri apabila kemahuan dihalang..atau kecewa..atau dikecewakan..
wah...memang lah kita akan rasa dunia ni tak adil,tak itu tak ini..macam macam lagi lah.....
Demi untuk ambik perhatian si anu atau mana mana pihak...insan insan yang bodoh ne sanggup lakukan semata mata untuk puaskan hati perasaan tanpa memikirkan perasaan ibu bapanya.......
Tidakkah dia terfikir akan kasih sayang keluarga sendiri...[mak ayah]sebelum ia melakukan benda2 ne...
Arrgh...aku tak tau...orang kata dah hilang pedoman hidup...stress yang tak dapat di atasi yang nampak bunuh diri dengan cara tarik perhatian orang awam...inilah trend masa kini.
Aku cerita semua ni selepas aku baca dalam akhbar Kosmo.[25/3/11] dimana seorang remaja perempuan nekad untuk terjun dari bangunan tiga tingkat di KB Mall Kelantan gara gara putus cinta dengan teman lelaki nya.Tapi Allah masih sayangkan ia.masih hidup,dan berkeadaan stabil.
Aku pernah melalui zaman remaja dan pernah kecewa dalam alam percintaan,tapi masih cool dan tabah hadapi semua itu,bagi aku sesuatu kekecewaan bukan berakhir dengan trajedi yang menyayat hati,tapi itu adalah ketentuan dari Allah,kita harus berusaha untuk mengatasi semuanya.Jalan singkat bukan satu jalan penyelesaian yang akhir.
Ingat wahai remaja yang di luar sana..kehidupan ini penuh dengan warna warna indah umpama warna pelangi yang lengkap.so...gunakan sebaik mungkin.
Nikmati dengan penuh keertian sebuah kehidupan yang Allah bagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan